Siakap Keli

Ditangkap Buang Bayi, Pasangan Ini Berkahwin Dan Berbulan Madu Dalam Penjara

Sepasang kekasih yang didapati bersalah kerana membuang bayi melangsungkan perkahwinan dan berbulan madu di dalam penjara, dalam kejadian yang berlaku di Indonesia.

Yuda Setia Dandik, 20, dan pasangannya Rika Nur Safitri, 19, diijabkabulkan dalam majlis ringkas di sebuah masjid di Jombang yang dihadiri ahli keluarga terdekat dan anggota-anggota petugas jabatan penjara dan polis.

Menurut jurucakap jabatan penjara, majlis pernikahan ini diadakan bagi menunaikan permintaan ahli keluarga pasangan tersbeut.

”Ahli keluarga merea memohon untuk mengadakan majlis ini, selain atas pertimbangan kemanusian. Jadi kami sediakan kemudahan untuk mereka melangsungkang majlis perkahwinan di sini kerana mereka masih lagi dalam tahanan penjara,” kata Gatot Setyo Budi.

Yuda dan Rika sebelum ini ditahan oleh pihak berkuasa atas kesalahan membuang bayi dan berhadapan dengan hukuman penjara lima tahun. Dalam proses tahanan ini walaupun sudahpun mendirikan rumah tangga, mereka terpaksa berpisah dengan bayi mereka yang dibuang sebelum ini.

”Bayi mereka buat sementara waktu akan diletakkan di pusat asuahan,” kata wakil penjara lagi.

Yuka turut berkesempatan menjelaskan alasan mengapa mereka bertindak meninggalkan bayi mereka yang diperolehi sebelum nikah tersebut.

Menurutnya, mereka tidak berniat untuk membuang bayi tersebut sebaliknya meninggalkannya di rumah bekas guru mereka disebabkan guru berkenaan masih tidak mempunyai anak.

”Saya ada tinggalkan sekeping surat yang menyatakan saya akan kembali mengambil anak itu. Malah saya bersembunyi dan menunggu sehingga bayi itu diambil sebelum beredar,” dakwanya.

Pasangan berkenaan ditahan pihak berkuasa minggu lepas atas kesalahan membuang bayi, menurut laporan media tempatan.

Jenayah berkenaan terbongkar apabila Yuda kembali tidak lama berkenaan ke rumah cikgunya bagi menuntut kembali bayi tersebut. Yuda mengaku bahawa mereka sudahpun bercinta lebih daripada 4 tahun dan kerap melakukan hubungan seks sehinggalah Rika mengandung.

Sumber : Detiknews

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.