Siakap Keli
Gambar Hiasan

Tidur Kurang Daripada 7 Hingga 8 Jam Sehari Berisiko Terkena Penyakit Jantung, Strok dan Obesiti

Keadaan dunia hari ini, memerlukan kita bekerja dari siang hingga ke malam bagi menyara kehidupan  sehingga kita terlupa untuk rehat dan tidur. Bagi sesetengah masyarakat, setakat tidak tidur satu hari, bukanlah perkara yang besar dan memberi kesan kepada kesihatan dan juga tubuh. Tetapi pernahkah anda sedar bahawa tidur dan rehat yang cukup juga merupakan satu keperluan.

Mungkin ramai yang terlepas pandang, sebenarnya tidur mampu mempengaruhi tahap kesihatan anda, ia sama penting seperti mengamalkan makanan yang sihat dan bersenam. Apabila kurang tidur, anda akan kekurangan tenaga dan otak anda tidak dapat berfungsi dengan sepenuhnya. Anda tidak akan dapat fokus dengan setiap kerja yang anda lakukan kerana badan terlampau penat disebabkan tidak tidur yang mencukupi.

Sumber: www.libusinessacademy.com

Tidur bukan sahaja dapat membantu anda produktif dalam kerja malah juga dalam bidang sukan. Kajian menunjukkan seseorang yang bermain bola keranjang dan mendapat tidur yang cukup, ia mampu meningkatkan kelajuan, kefokusan, kecergasan dan juga ketahanan dalam melakukan sesuatu aktiviti.

Selain itu, orang yang kekurangan tidur sehingga 7-8 jam berisiko untuk terkena penyakit berbahaya seperti jantung,strok dan obesiti kerana itu tidur dikaitkan mampu memberi kesan kepada kesihatan. Kebanyakkan kes kemurangan juga dikaitkan dengan tidur yang tidak mencukupi dan ada yang sehingga membunuh diri akibat insomnia.

Sumber: https://moguldom.com

Sistem imun yang ada dalam tubuh kita bertindak sebagai antibiotik yang akan melindungi badan kita daripada terkena sebarang. Bagi memastikan sistem imun ini kekal aktif, dan bertindak balas dengan cepat sekiranya kita terkena jangkitan selesema, kita perlu mendapat rehat yang cukup.

Orang yang tidak cukup tidur ia akan mudah marah, dan rasa serba tidak kena. Berbanding dengan orang yang mendapat rehat yang cukup, emosinya tidak akan terganggu. Maksimum waktu tidur bagi kanak-kanak ialah 10-12 jam sehari manakala kita golongan dewasa 7-8 jam sehari.

Sumber: www.simplerecovery.com

Aspek kesihatan bukan hanya merangkumi aspek luaran dan dalaman, seperti emosi, pemakanan, senaman dan juga waktu rehat atau tidur. Walaubagaimanapun situasi dan keadaannya, kesihatan amatlah penting dan membolehkan kita kekal aktif semasa bekerja.

Sumber: healthlinehealthnavigator, unitypoint

marlya syafikah

Tambah komen

Sumbang Artikel Anda

Anda suka menulis dan berkongsi? Tetapi tiada medium yang sesuai? Anda dialu-alukan untuk menulis di Siakap Keli sekiranya penulisan anda itu suatu perkara yang manfaat.

Kami Juga Bersosial

Sekiranya anda ingin mendapat berita dari Siakap Keli pada 'News Feed' media sosial, anda boleh ikuti kami di