Siakap Keli

(Video) ” Lambat 5 Saat Je, Kami 4 Beranak Mungkin Dah Tiada,” Detik Cemas Kepala Air Hampir Hanyutkan Sekeluarga

Kejadian kepala air yang berlaku secara tiba-tiba seringkali dipaparkan di media sosial. Aliran air yang sangat deras itu membawa segala macam benda yang boleh membahayakan nyawa manusia termasuk balak dan batu besar yang akan merempuh apa sahaja halangan di hadapannya. Disebabkan itu, ramai yang maut walaupun mempunyai kemahiran untuk berenang.

Terbaru, sebuah keluarga hampir saja menjadi mangsa kepala air ketika berkelah di air terjun. Bayangkan melihat air yang cetek, siapa sangka aliran air yang deras boleh datang secara tiba-tiba menghanyutkan semua. Mujurlah mereka berjaya menyelamatkan diri, jika terlambat 5 saat pasti nyawa kesemua mereka sudah tiada.

Ikuti perkongsian Puan Ike Ynia Akiras seperti di bawah. Nasihat kami, sentiasa berhati-hati dan segera beredar dari sungai dan air terjun jika terlihat tanda-tanda awal fenomena berkenaan. Antaranya, keadaan langit gelap di bahagian hulu sungai yang kebiasaannya terletak di kawasan puncak bukit yang disertai dengan bunyi guruh dan hujan.

Allahuakbar Allah maha pengasih Alhamdulillah Allah masih melindungi kami anak beranak.. Dalam kiraan 5 saat mungkin nyawa kami berempat telah tiada..

Kronologi..

Usai cod barang-barang di rumah customer di Selayang Bharu kami terus ke air terjun ulu yam. Tak plan pun cuma siang tadi sebelum gerak dari rumah suami bagi idea jomlah bawa anak-anak singgah mandi lepas cod nanti..

Cod selesai dan menuju kesini.. mulanya hanya nak bagi anak-anak mandi je.. tapi memang ada bawa ayam yang dah siap perap… sesampai nya di tempat suami pun memulakan kerja bakar-bakar tepi gigi air lokasi (anak lelaki pegang kek) oh ya hari ni hari jadi dia yang ke 8 tahun.

Jam 4.30 pm

Hari memang mendung tapi tak menunjukkan hujan tergerak hati suami nak sewa sekejap kabin yang di belakang tu.. katanya bagi anak-anak selesa.. ok daku kata.. sementara anak-anak mandi dan daku sesekali jenguk anak-anak sebab paras pun tak dalam.. takdelah bahaya sangat fikirku.

Terasa pulak nak turun mandi pulak sambi main-main air dengan anak-anak. Daku pun turun sempat naik turun ambil ayam udang sotong yang siap masak untuk berikan pada anak-anak.

5.00 pm lebih kurang

Makan.. sambil mandi.. duduklah kejap di batuan besar di tepian gigi air sambil layan makanan tadi.. anak lelaki dah naik masa tu aku dan 2 orang lagi anak perempuan masih duduk di batu yang sikecik di batu paling rendah (jauh sikit dari gigi air tapi tak jauh sangat dariku dan kakaknya..

Suami hampiri kami kononnya nak join mandi.. entah macam mana mata aku nampak kepala air yang mana selang 4 hela sahaja akan menyambar kami.. aku terus bang air bang!!.. sempat laki aku turun dan tolak si kecik si kakak pulak menarik tangan adiknya sebab batu yang si kakak duduk sebelah adik.. manakala aku batuan yg tinggi dan paling hampir dgn tepian..

Ya allah sekelip mata kami berjaya naik dan kepala air terus menghempas…ya allah aku mengggil jantung berdegup laju lambat 5 saat kepala air akan menggulung kami dan mungkin nyawa kami melayang..

Sampai sekarang masih gigil..aku peluk anak3 syukur kita selamat ya Allah tak henti2 mengucapkan syukur sambil gigil2.. Selalu tengok di tv dan berita benda macam ni hari ini berlaku depan mata dan hampir jadi mangsa..

Tolong …tolong mak bapak di luar sana jangan jangan bagi anak mandi walaupun mendung tapi tak hujan..atau jangan sama sekali musim2 begini bawa tempat2 sedemikian..

Aku tak dapat bayangkan kalau anak2 dan aku sendiri digulung air tadi degan deras kelajuannya dengan sampah sarap batang pokok2.

Alllah2 terima kasih syukur kau masih melindungi kami.

Sumber : Ike Ynia Akiras

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.