Siakap Keli
Gambar : abc 13

Guru Besar Dituduh Rogol Murid 12 Tahun, Ditemui Mati

Seorang guru besar sebuah sekolah yang dikaitkan dengan tuduhan merogol seorang murid berusia 12 tahun ditemui mati secara tiba-tiba setelah menghilangkan diri.

Menurut polis, mayat lelaki tersebut ditemui dengan kesan luka yang dipercayai dilakukan sendiri di sebuah kawasan pemburuan rusa, di Orange County, selatan California.

Difahamkan, Richard Omar Knight, 35, bertugas sebagai guru besar di Dillard Academy di Goldsboro. Dia terpalit dengan dakwaan merogol salah seorang pelajarnya di situ.

Setelah dakwaaan itu timbul, dia telah digantung tugas. Malah, satu waran tangkap terhadapnya juga telah dikeluarkan pihak berkuasa.

Mayatnya telah dihantar ke pusat perubatan tempatan untuk proses bedah siasat dan keluarganya juga sudah dimaklumkan mengenai kematian itu.

Sumber : abc 11

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.