Siakap Keli
Gambar Bayi Sekadar Hiasan

Tergamak, Ibu Lempar Anak Usia 2 Bulan Dari Kereta Hingga Maut Sebelum Cuba Bunuh Diri

Menyayat hati apabila seorang bayi berusia dua bulan maut selepas ibunya didakwa melempar mangsa dari sebuah kereta yang sedang bergerak.

Polis yang menyiasat kematian bayi itu mempercayai si ibu, Nicole Stasio turut cuba mengakhiri nyawanya dengan melompat dari kenderaan tersebut dalam kejadian pada petang Selasa lalu.

Namun, setakat ini mereka masih belum dapat menyoal siasat wanita berusia 32 tahun itu kerana dia sedang dirawat di hospital kerana mengalami kemurungan.

Penduduk di Denpasar Selatan, Bali yang terkejut dengan kejadian itu menemui bayi tersebut yang mengalami kecederaan parah di tepi jalan, kurang dari 1.6 kilometer dari lokasi Stasio dikatakan melompat keluar dari keretanya.

Gambar : Nicole Stasio – Rakyatku News

Beberapa jam kemudian, bayi malang berkenaan meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Bali Mandara. Tetapi, tidak dapat dipastikan kelajuan kereta terbabit sewaktu kejadian tragis itu berlaku.

Difahamkan, wanita tersebut yang dilahirkan di California, Amerika Syarikat telah pergi ke Bali bersama ibu bapanya beberapa bulan lalu.

Ketua Polis Denpasar Selatan, Nyoman Wiarajaya, berkata, wanita itu belum berkahwin dan keluarganya mahu dia melahirkan bayi tersebut di luar negara.

Malah, ibu bapa wanita berkenaan juga difahamkan telah meninggalkan pulau tersebut.

Gambar : Nicole sewaktu hamil dan berjalan di pantai Bali – Rakyatku News

Dua saksi, Wayan Siaja yang dipercayai memandu kereta tersebut dan seorang jurupandu pelancong Made Arimbawa telah membantu pihak polis dalam soal siasat yang dilakukan.

Dilaporkan kedua-dua lelaki itu telah memberitahu pihak polis, bahawa mereka membawa Stasio ke Lapangan Terbang Antarabangsa Bali pada Selasa tetapi dia mengubah fikirannya tentang keputusan untuk pulang ke rumah.

Tragedi terbabit dikatakan berlaku selepas ketiga-tiga mereka menaiki kenderaan bersama bayi malang tersebut menuju ke Ubud, sebuah kota yang digemari oleh pelancong kerana budaya dan tradisinya.

Sumber : Mirror UK

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.