Siakap Keli

“Perut Kembung Macam Nak Meletup Tiba-Tiba Kempis,” Derita Wanita Disihir Selepas Viralkan Kisah Diganggu Lelaki ‘Gila Seks’

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Di zaman era globalisasi ini, kegiatan sihir masih berleluasa dalam kalangan kita.

Kezaliman dan dendam membuatkan ada diantara kita menggunakan medium ini sebagai salah satu cara melunaskan ketidakpuasan hati.

‘Usaha’ ini membuatkan ada yang terseksa sepanjang hidupnya dan ada juga yang terkorban kerana disakiti secara berterusan oleh jin yang dihantar.

Perkongsian saudara Tok Qiqi antara yang menjadi contoh apabila sihir dihantar untuk membalas dendam.  Segalanya bermula apabila mangsa menyebarkan keburukan si penghantar selepas diganggu dengan usikan yang berunsur seksual.  Mari baca perkongsian di bawah.

Salam smua.  Ni tok nak nasihatkan pada penggemar viral kan orng. Okay tok ada 1 pesakit.

Kisah dia bermula apabila ada yang pm di fb miliknya.  Lelaki gatal pm ajak buat sex, tunjuk kemaluan, pakai gmbr fb asal, nama pun asal.  So, hamba Allah wanita ni geram pakat viralkan.  Pm gambar orang yang gila sex ni. So ramai lah makcik pakcik bawang dok hina maki orang yang kena viral.

via GIPHY

Selang 3 hari kisah hamba Allah yang diviral kan gila sex ni..Tiba2 hamba Allah yg memviralkan lelaki gila sex ni perotnya menajdi besar macam nak meletop.  So mak ayahnya panggil lah tok.  Tok cubalah ikhtiar. Nauzubillah takot tengok perot wanita itu berkilat, urat timbul.

Tok buat kerja tok macam biasa ruqyah.  Bila tok mula baca Surah Al Baqarah, jin mula merasuk tubuh wanita ini.  Bertambah terkejut suaranya bertukar seperti lelaki.  Garau! Dia marah tok.  Katanya jangan campur urusan aku.  Aku xda kena mngena dengan kau.  Aku nak dia mati.

Dia rasakan apa yang aku rasa.  Tok tanya siapa dia.  Apa sebab kau buat dia.  Mula-mula dia berkeras tak nak bagitahu.  Selepas tok paksa dengan mcam2 kaedah. Jin tu mula mngalah dan dia ktawa.

“Kau dah terlambat.  Dia akan menemui ajal.  Sakit hati aku bila aku di malukan.  Aku di malukan sehinggakan semua menghina aku dan aku di halau di buang keluarga sebab malu dengan sikap aku.

“Aku bersumpah aku dendam dengan perempuan ni.”

Tok tanya dia lagi, “kau sihir macam mana? Aku jumpa bomoh yang paling kuat dan kau tal mampu lawan dia.”

Tok diam dan dengar keangkuhan jin yang mrasuk.

via GIPHY

“Aku guna gambar nya di dalam akaun facebook yang dia malukan aku.”

SubhanAllah! tok cuba berbincang dan suruh dia ambik balik apa yang dia hantar.  Jin tu berdegil dan tak mahu ambil balik.

“Tuan aku akan marah aku dan aku snggup mati sekalipun aku tak kan ambil. Aku nak dia mati!”

Tok terpksa baca qursi untuk membkar dan menghalau gangguan tersebut. Gangguan tu kepanasan dan menjerit lalu dia hilang begitu saja.  Wanita itu trut meraung2 kesakitan.  Perotnya seprti di bakar di salai di cucuk2 dengan besi panas. Tok cuba ikhtiar apa yang patot tapi apakan daya Allah maha segalanya.

Tok dah habis ikhtiar. Tok minta keluarganya pula panggil perawat lain bantu ikhtiar. Maha suci Allah seminggu selepas tok rawat wanita ini, ibunya call tok dan bagitahu Wahida sudah meninggal dunia.

Selepas perawat datang ruqyah, tiba2 perotnya pecah kempis srta merta.  keluar ah segala air yg busuk sekali warna hitam pekat.

Allahhurabbi berakhirlah pendritaannya.  Tok nasihatkan kalian jika ada antara kalian tidak puas hati atau takot janganlah aib kan atau viralkan.

Buatlah report polis.  Allah pun larang kta membuka aib orang.  Seandainya Allah membuka aib kita.  SubhanAllah kita nak keluar rmah pun malu.

mudahan jadi ikhtibar pada yg suka viral. Jangan smpai nasi dah menjadi bubur, buruk padahnya.  Wallahhualam bisawab.
Smoga roh arwah di cucuri rahmat.

Sumber: Tok Qiqi

Nur Farra

writ.er / [rahy-ter]
-noun
1. a peculiar organism capable of transforming caffeine into books.

Tambah komen

Sumbang Artikel Anda

Anda suka menulis dan berkongsi? Tetapi tiada medium yang sesuai? Anda dialu-alukan untuk menulis di Siakap Keli sekiranya penulisan anda itu suatu perkara yang manfaat.

Kami Juga Bersosial

Sekiranya anda ingin mendapat berita dari Siakap Keli pada 'News Feed' media sosial, anda boleh ikuti kami di