Siakap Keli

Genting Saman Walt Disney Dan 21st Century Fox, Dakwa Langgar Kontrak Punca Masih Tidak Siap

Walt Disney Co. dan 21st Century Fox Inc. disaman oleh Genting Malaysia Berhad kerana didakwa telah melanggar kontrak bagi menaja taman tema Fox World di kompleks Resort World Genting.

Genting menuntut lebih 1 bilion dolar kerugian selepas pihak Disney menarik diri untuk terlibat dan membiarkan taman tersebut sehingga kini masih tidak siap sepenuhnya.

Taman tema tersebut dikatakan menampilkan replika hebat daripada animasi filem dibawah Fox termasuk Ice Age, Rio dan Planet of The Apes.

Disney dalam satu kenyataan memberitahu bahawa konsep Genting yang merupakan sebuah syarikat perjudian tidak menempati ‘konsep’ kekeluargaan yang ditonjolkan jenama terbesar Hollywood itu.

Fox telah meterai perjanjian pelesenan pada tahu 2013 bersama genting untuk menjadikan kompleks itu taman tema pertama dunia dengan pelbagai replika daripada filem yang diterbitkan oleh Fox.

Genting setakat ini telah melabur lebih 750 juta dolar untuk menghasilkan taman tema berkenaan.

Sumber: Bloomberg

Tambah komen

Dari Wiser.my

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.