Siakap Keli

‘Itu Salah, Dia Bukan Polis,” Viral Gambar Lelaki Berpakaian Seragam, Polis Nafi Anggotanya Terlibat Rusuhan

Susulan kes rusuhan di Kuil Sri Maha Mariaman, Seafield, pada pagi Isnin di USJ 25, Putra Heights, Subang Jaya, polis menerusi satu kenyataan menafikan penglibatan anggotanya berikutan gambar yang tersebar di media sosial.

Dalam gambar tersebut, kelihatan lelaki berkenaan berpakaian uniform polis dan didakwa merupakan lelaki sama di dalam video yang dikaitkan dengan kejadian rusuhan berkenaan.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, melalui semakan yang dibuat, perkara yang tular itu adalah salah dan lelaki berkenaan bukan merupakan anggota polis seperti yang didakwa sebaliknya hanyalah hanyalah polis sukarelawan simpanan atau PVR yang telah lama dibuang perkhidmatan.

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.