Siakap Keli

Pencipta Watak Kartun Popular ‘SpongeBob SquarePants’ Meninggal Dunia

Pencipta watak kartun terkenal, SpongeBob SquarePants, Stephen Hillenburg, meninggal dunia pada usia 57 tahun.

Perkara tersebut disahkan oleh Nickelodeon, yang menjadi penyiar siri kartun tersebut sejak tahun 1999 melalui sosial media rasmi mereka pada Selasa.

https://platform.twitter.com/widgets.js

Menurut satu laporan, punca kematian Hillenburg adalah penyakit saraf motor ALS, di mana beliau sendiri pernah mendedahkan kepada umum bahawa beliau telah didiagnosis pada Mac tahun lalu.

Selain mencipta watak yang menjadi kegemaran ramai itu, Hillenburg juga mengarahkan filem The SpongeBob SquarePants pada tahun 2004.

Netizen seluruh dunia menerima berita kematian itu dengan penuh rasa dukacita, dengan rata-ratanya mengimbas momen ‘keseronokan bergelak ketawa yang menambahkan seri kehidupan.

Hillenburg meninggalkan seorang balu, Karen Hillenburg, dan seorang anak lelaki, Clay.

Siri kartun SpongeBob SquarePants mempunyai lebih daripada 200 episod selain berkembang menjadi dua buah filem serta sebuah muzikal Broadway.

Sumber : Unilad

Nuraiyshah A.L

Being a sleepy girl with a busy life is hard.

Tambah komen

Kami Juga Bersosial

Sekiranya anda ingin mendapat berita dari Siakap Keli pada 'News Feed' media sosial, anda boleh ikuti kami di