Siakap Keli

Mandi Air Panas Sama Manfaatnya Seperti Jalan Kaki 30 Minit – Kajian

Berita baik untuk korang semua, para pengkaji mengeluarkan satu kenyataan bahawa berehat di dalam bilik mandi bersama air panas sama manfaatnya seperti berjalan kaki selama 30 minit.  Wow!

Sekumpulan pakar di Loughborough University menjalankan teori ini dengan 14 orang lelaki yang ada diantara mereka disuruh menunggang basikal selama sejam dan mandi selama satu jam pada darjah 104 Fahrenheit.

via GIPHY

Menurut ahli psikologi Neil Morris, mandi didalam rendaman air panas boleh mengurangkan tekanan dan ketenangan bagi penggunanya.

Selain itu terdapat beberapa kebaikan yang terbukti membantu kita daripada segi kesihatan jika menggunakan air panas ketika mandi.

1. Tidur yang lebih baik

Pada waktu malam suhu badan kita secara semula jadi jatuh, yang menandakan penghasilan melatonin-atau hormon tidur. Berendam dalam mandian hangat akan meningkatkan suhu badan dengan penghasilan melatonin atau hormon tidur.  Ia sekaligus menyiapkan korang tidur dengan lebih baik.

via GIPHY

2. Melegakan otot yang sakit

Haba bukan sahaja membantu mengalirkan darah dengan baik malah dapat membantu otot yang sakit atau ketat untuk berehat. Penambahan garam epsom dalam mandian hangat telah terbukti membantu mengurangkan keradangan sendi yang disebabkan oleh arthritis atau penyakit otot lain.

via GIPHY

3. Bakar kalori

Peluh yang baik disebabkan oleh mandian panas boleh membakar seberapa banyak kalori seperti berjalan kaki.

via GIPHY

4. Bantu legakan selesema

Stim daripada mandian air panas, membantu melegakan hidung tersumbat dan batuk yang berpanjangan. Rendaman air panas juga boleh membantu sistem imunisasi badan melawan virus dengan lebih baik.

via GIPHY

Sumber: Townandcountrymag

Nur Farra