Siakap Keli

Memang Gila, Jualan BigOne 12.12 Senheng Tawar Diskaun Sehingga 50% Dengan Penghantaran Percuma Ke Seluruh Negara

Sebut sahaja pasal promosi dan diskaun ni, siapa sahaja tak suka. Nak masuk tahun baru 2019 ini kami rasa inilah masa yang terbaik untuk anda gantikan semua barangan eletrik yang sudah lama tu kerana terdapat tawaran hebat hujung tahun menanti anda.

Bersempena dengan kempen BigOne pada 12.12 ini, Senheng dan senQ menawarkan promosi hebat dengan harga tidak masuk akal. Pelbagai jenis barangan dijual dengan harga rendah sempena promosi ini. Belum masuk diskaun dan pemberian hadiah percuma lagi, memang gila!

Baca perkongsian kat bawah ini sebab kami sendiri dah rasa gigil tangan, tak sabar untuk tunggu tarikh keramat 12.12 untuk beli kelengkapan rumah dengan harga berbaloi dan jimat!

Apa yang ditawarkan untuk Kempen BigOne 12.12 kali ini?

Diskaun sehingga 50%

via GIPHY

Semua produk Senheng dan senQ akan melakukan promosi besar-besaran dengan diskaun sehingga 50%! Kategori produk yang ditawarkan adalah peralatan rumah, alat digital, televisyen dan alat audio, peralatan dapur serta produk penjagaan peribadi dan kecantikan. Banyak betul barangan yang ada, rugi besar siapa yang tak rebut peluang ini kerana harganya jauh lebih murah dari biasa!

Delivery percuma ke seluruh negara!

Selalu bila orang dah bagi promosi kaw-kaw, jarang dengar dapat delivery percuma lagi. Tapi, bila berbelanja di laman web Senheng dan senQ untuk kempen BigOne pada 12.12 ini, jangan risau kos penghantaran barangan anda ditanggung oleh mereka. Fuhh memang jimat habis tak payah bayar duit delivery!

via GIPHY

Semenanjung je ke? Anda yang di Sabah Sarawak jangan risau sebab penghantaran percuma ini terbuka ke seluruh negara tau. Mana nak dapat promosi macam ni kalau bukan di Senheng dan senQ pada 12.12 ini!

‘Flash Deals’ atau Jualan Kilat sempena Hari MEGA Sales

Satu hari nampaknya macam tak cukup untuk pelanggan nikmati promosi hebat macam ni. Oleh itu, Senheng dan senQ baik hati untuk buat lagi Jualan Kilat selama 4 hari dari 10 hingga 14 Disember ini dengan menawarkan 4 produk berbeza setiap hari dalam tempoh tersebut.

Cuba anda bayangkan kalau promosi sehingga 50% diskaun pun dah rasa murah, dalam jualan kilat produk terpilih akan mendapat diskaun tambahan sehingga 45% dan pastinya produk akan dijual dalam harga yang sangat rendah dan tidak masuk akal!

Cumanya, anda perlu bijak untuk merebut peluang ini sebab masa yang singkat dan produk yang ditawarkan terhad. Duduk depan pc atau pegang telefon anda supaya tak terlepas promosi ini! Siapa cepat dia dapat. So, get set anda ready!

Jenama eletronik pilihan utama pengguna yang terkenal dan dipercayai

Sempena dengan Festival Jualan Terbesar Dalam Talian, Senheng dan senQ pastinya akan memberi kepuasan kepada pengguna untuk memiliki barangan eletronik yang menjadi pilihan ramai selama ini.

Antara jenama eletronik utama yang terlibat antaranya ialah Microsoft, Philips, Samsung, Sony, Apple, Cornell, MSI, Panasonic, Pensonic, Robam, Sharp and Tefal.

Tawaran ‘Special Brand Day’

Bukan setakat pilihan jenama produk yang banyak je, paling bestnya terdapat ‘Special Brand Day’selama 4 hari iaitu dari 4 Disember hingga 7 Disember bagi 4 jenama terpilih iaitu Samsung, Philips, Microsoft dan Sony.

Pada 4 Disember, setiap pembelian produk Samsung akan mendapat hadiah percuma beserta diskaun sehingga RM840. Pada 5 Disember, pembelian produk Philips pula akan mendapat tambahan diskaun sehingga 58% bagi peralatan kecil. Bagi barangan Microsoft pada 6 Disember anda akan jimat sehingga RM1800 dan barangan Sony pada 7 December anda akan jimat sehingga RM1300 bagi setiap pembelian.

Fuhh, kami rasa anda dah boleh tanda kalendar siap-siap pada 4 hari ini supaya tak terlepas mendapatkan barangan eletronik yang menjadi idaman anda selama ini. Inilah masanya membeli dengan berjimat!

Macam mana nak bayar?

Jangan risau kerana di Senheng dan senQ, anda boleh menikmati pelan ansuran bayaran dengan 0% faedah sehingga 24 bulan daripada semua bank-bank besar di Malaysia seperti Maybank, Maybank AMEX, Public Bank, HSBC, Hong Leong Bank dan Citibank.

Sekiranya anda ialah pengguna kad kredit HSBC, dengan memilih bayaran ansuran, anda boleh mendapatkan diskaun sebanyak RM200 daripada jumlah perbelanjaan minimum sekurang-kurangnya RM2500 sehingga 14 Disember 2018 sahaja.

Bagi pengguna kad kredit Citibank, anda bakal memperolehi 12% diskaun bagi perbelanjaan minimum sekurang-kurangnya RM2000 sepanjang bulan Disember 2018.

Jangan lupa untuk mendapatkan Senheng e-baucar sebanyak RM30 jika anda memilih Bayaran Boost di mana e-baucar ini boleh digunakan untuk pembelian seterusnya. Jimat wang anda! Tapi baucar ini hanya boleh didapati untuk produk yang dibeli secara atas talian sahaja.

Tambahan 1 tahun waranti produk

Jika anda menjadi ahli PlusOne, anda boleh menikmati tambahan 1 tahun waranti produk yang dibeli. Caranya mudah je, dengan serendah RM12 anda hanya perlu layari laman web rasmi Senheng dan senQ dan daftar akaun ahli anda di sana.

Dah jadi member PlusOne sebelum ini? Anda hanya per log masuk credential anda di laman web Senheng dan senQ. Kemudian buat pembelian secara online, anda berhak mendapatkan waranti tambahan 1 tahun untuk setiap pembelian anda. Mudah betul!

Facebook ‘Giveaway Contest’

Tak cukup tu, ada lagi hadiah yang menanti anda. Terdapat 12 hadiah yang akan diberikan kepada pemenang ‘giveaway’ di facebook antaranya pembancuh kopi, pengering rambut dan bermacam lagi. Ikuti facebook SENHENG Malaysia dan jangan terlepas peluang ini. Mana tahu kan anda pengguna facebook yang bertuah!

Tunggu apa lagi?

via GIPHY

Jadi tunggu apa lagi, cepat rebut peluang berbaloi ini sempena 12.12 BigOne untuk anda dapatkan barangan elektrik yang baru dengan harga yang murah dan berkualiti.

Kunjungi www.senheng.com.my dan www.senq.com.my untuk maklumat lanjut mengenai 12.12 BigOne. Jangan lepaskan promosi hebat ini. Beritahu suami, isteri, mak ayah, keluarga dan kawan-kawan anda untuk turut sama jimat berbelanja. Let’s shopping!



Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.