Siakap Keli
Gambar Hiasan

Tak Semua Wanita Tahu Untuk Lebatkan Bulu Kening Tanpa ‘Make Up’, Ini Tips Semulajadinya

Pasti ramai yang terpesona dengan kejelitaan pelakon kecil molek Elfira Loy yang memiliki bulu kening tebal yang semulajadi walaupun pada hari pertunangannya tidak melukis kenis serta solekan dibahagian mata tetap menyerlah kejelitaannya.

Bagi yang tidak mempunyai bulu kening pula pastinya akan berasa sedikit malu dan kurang kenyakinan kerana bersangka ianya tidak menarik. Walaupun kening boleh dilukis menggunakan pensil kening, tetapi ada beberapa cara semulajadi yang boleh dilakukan untuk mendapatkan kening yang cantik secara semulajadi.

Ini adalah cara paling mudah untuk melebatkan kening anda;

1.Minyak Kelapa

Untuk mendapatkan kening penuh berani dan tebal, anda boleh menggunakan minyak kelapa. Ini membantu mempercepatkan proses pertumbuhan dan menggalakan pertumbuhan bulu kening yang tebal. Caranya dengan menyapu terus ke kening dan biarkan semalaman.

2. Vaseline

Vaseline atau jeli petroleum berkesan untuk membuat kening anda tebal. Sapukan bahagian kecil di kening anda 3 hingga 4 kali sehari dan anda boleh lihat hasil yang positif dalam tempoh 3 bulan.

3. Urut

Mengurut kening adalah cara yang baik untuk meningkatkan pertumbuhan kening. Mengurut di kawasan sekitar kening anda dengan minyak zaitun selama 5 minit setiap hari.

4. Minum Air

Air adalah baik untuk kesihatan anda secara keseluruhan. Ia membantu membuanh semua bahan toksik daripada tubub anda melalui air kencing. Mula minum sekurang-kurangnya 8-10 gelas air setiap hari. Ini akan meningkatkan sistem badan dan meningkatkan pertumbuhan bulu kening.

5. Vitamin B & D

Ini penting kerana ia memberi kesan kepada organ dalaman dan penampilan fizikal anda. Makan makanan yang kaya dengan vitamin B & D untuk meningkatkan pertumbuhan rambut. Ia akan membantu menguatkan bulu mata dan kening, malah dapat menentang kesan bahaya produk berasaskan kimia seperti maskara dan celak.

 

Sumber; marieclaire, food.ndtv, Healthandpretty 

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang