Siakap Keli

Ancaman Bos Di Hospital Tampin : KKM Mahu Tindakan Tegas

Seremban : Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mahu pihak berwajib mengambil tindakan yang tegas ke atas mana-mana pihak yang berniat jahat menggangu atau mensabotaj perkhidmatan di mana-mana fasiliti kesihatan sehingga mengancam keselamatan pesakit dan petugas.​​​​​​

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdulah dalam kenyataan di sini, hari ini berkata KKM memandang serius kejadian ancaman bom yang telah membahayakan nyawa pesakit dan kakitangan hospital.

“Semasa kejadian, terdapat seramai 90 orang pesakit dan 189 kakitangan hospital berada di Hospital Tampin bersedia untuk dievakuasi. Daripada jumlah tersebut, terdapat 14 orang pesakit berada dalam keadaan kritikal.

“Pihak PDRM (Polis Diraja Malaysia) telah mengesahkan bahawa tiada sebarang bom ditemui dalam kawasan hospital setelah operasi selesai dijalankan pada 9.50 pagi,” katanya.

Hospital Tampin menerima ancaman bom melalui panggilan telefon daripada seorang pemanggil yang tidak dikenali pada pukul 5.50 pagi tadi.

Berdasarkan Pelan Tindakan Bencana peringkat hospital dan daerah, beberapa agensi seperti PDRM, Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Tampin, Rembau dan Seremban, Pejabat Daerah Tampin, Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Unit Pemusnah Bom digerakkan untuk operasi ancaman bom.

Ketua Polis Daerah Tampin Supt Ramli Kasa dipetik sebagai berkata mengesahkan panggilan ancaman bom yang diterima oleh Bahagian Kecemasan, Hospital Tampin pada 5.50 pagi tadi adalah panggilan palsu.

Sumber : Bernama

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.