Siakap Keli
Sumber: Google

Bukan Mudah Nak Berjaya Tanpa Usaha Dan Doa, Ini 11 Langkah Mengejar Impian Dan Kejayaan Yang Boleh Dijadikan Panduan

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Sebagai manusia yang hidup di muka bumi ini pastinya setiap dari kita ingin mengecapi kejayaan yang diimpikan.

Namun mencapai kejayaan bukanlah semudah yang disangka sekiranya tanpa usaha dan doa yang berterusan sehingga berjaya.

Selain itu, kita juga perlu tahu pentingnya tetapkan matlamat supaya kita boleh kekal fokus dan tahu halatuju yang perlu di hala.

Oleh itu, entri kali ini akan berkongsi 11 langkah mengejar impian dan kejayaan yang ditulis oleh saudara Mohd Fhais di laman facebook beliau.

Selamat membaca dan semoga bermanfaat.

Gambar hiasan
Sumber: Google

11 Langkah mengejar impian dan kejayaan

1 – Tetapkan matlamat jangka panjang. Bezakan matlamat peribadi dan kerja/bisnes.

2 – Buat juga matlamat jangka pendek, jika matlamat jangka panjang terlalu jauh boleh tetapkan 3 matlamat terus, jangka pendek, sederhana dan panjang.

3 – Matlamat jangka pendek boleh berubah-ubah setiap tahun bergantung pada prestasi semasa.

4 – Sediakan misi, visi dan objektif yang sesuai dengan matlamat jangka pendek.

Gambar hiasan
Sumber: Google

5 – Dari misi dan visi tersebut kenalpasti ‘To-Do List’ dan tugasan yang perlu di capai

6 – Bezakan to-do list dengan 4 kategori. PS (Penting & Segera), TPS (Tak Penting & Segera), PTS (Penting & Tak Segera), TPTS (Tak Penting & Tak Segera)

7 – Kategori ni di buat supaya kita tahu mana tugasan yang penting dengan kurang penting.

8 – Buat timeline tugasan ini. Buat pengagihan tugasan antara staf atau rakan kerja. Pekerjaan tanpa timeline berisiko jadi bertangguh.

Gambar hiasan.
Sumber: Google

9 – Tetapkan KPI (Key Performance Indicator) supaya kita tahu tahap pelaksanaan tugasan tersebut. Semakin baik KPI semakin dekat dengan matlamat.

10 – Dapatkan motivasi yang diperlukan untuk kita kekal bersemangat untuk mencapai matlamat tadi. Kerana tanpa semangat, rancangan yang di buat bertahun-tahun boleh terabai.

11 – Cara untuk kekal bersemangat adalah dengan sentiasa berdoa, keluarga sumber motivasi, impian, harapan dan matlamat jangka panjang yang boleh beri kebahagian pada orang sekeliling.

Chaiyok !

Sumber: Mohd Fhais

Aisha Ratnila

"Don't be distracted by criticism. Remember the only taste of success some people get is to take a bite out of you."

- Zig Ziglar