Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Cipta Sejarah, Julung Kali Alunan Suara InTeam Bergema Di Algeria
Kumpulan nasyid terkenal negara, InTeam buat pertama kalinya dijemput mengadakan persembahan di Festival Nasyid Antarabangsa (Mahrajan Al-Insyad Al-Duwali), Constantine, Algeria pada Isnin.
Persembahan yang mengujakan itu dikongsi menerusi laman Facebook rasmi kumpulan nasyid berkenaan.
“Alhamdulillah, segala puji bagi Allah. Semalam menjadi detik bersejarah buat kami apabila berjaya menutup pentas Mahrajan Al-Insyad Al-Duwali (Festival Nasyid Antarabangsa) di Constantine, Algeria dengan satu persembahan yang menggetarkan jiwa.
“Laungan ‘Ya Hanana’ kami disambut penuh semangat oleh ribuan penonton yang bukan sahaja terpukau, malah bangkit meminta agar kami mengulanginya sekali lagi,” kongsi InTeam.
Kumpulan berkenaan turut menzahirkan rasa syukur atas peluang yang diterima.
“Suasana dewan bergema dengan selawat dan qasidah, mencipta getaran rohani yang sukar digambarkan dengan kata-kata. Syukur Ya Allah atas nikmat ini.
“Moga nasyid terus menyatukan hati umat, merentasi sempadan bahasa dan budaya,” katanya lagi.
Membawa budaya tempatan ke pentas antarabangsa, ahli kumpulan berkenaan tampil segak mengenakan busana lengkap berbaju melayu serta bertanjak tatkala mempersembahkan nasyid ikonik mereka.
Antara lagu yang dibawakan pada malam penuh bersejarah itu termasuk Dia Muhammad, Setanggi Syurga, Ya Hanana dan Qamarun.
https://www.facebook.com/story.php?story_fbid=2161932064320672&id=100085901370111
Sumber: InTeam
BACA: Hazamin Inteam Kongsi 5 ‘Tools’ Penting Untuk Set Up ‘Live’, Berkualiti Tapi Murah
BACA: Ejen Ali 2 Raih Sambutan Hangat Di Indonesia, Tayang Di 240 Pawagam