Siakap Keli

Pengetua Paling Muda Di Dunia, Buka Sekolah Sendiri Bantu Orang Susah

Leonardo Nicanor Quinteros yang berumur 12 tahun dan masih bersekolah menengah membuat keputusan untuk membina sekolahnya sendiri bagi membantu anak-anak lain dan juga orang dewasa yang tidak berkemampuan tetapi ingin meneruskan pelajaran mereka.

Budak lelaki ini gemar belajar dan juga ingin memindahkan semangat dan minatnya yang mendalam terhadap pelajaran kepada rakan-rakan di sekelilingnya dengan cara menubuhkan sekolah swastanya sendiri berikutan dia juga runsing melihat anak-anak lain sukar untuk bersekolah selain banyak menghabiskan masa dengan bermain.

Related image

Tahun lalu, Leonardo dipercayai memberitahu neneknya, Ramona mengenai keinginannya membina sekolah sendiri dan meminta untuk mendirikan sekolah kecil tersebut bersebelahan rumah mereka di Las Piedritas, Argentina.

Bersetuju dengan niat murni cucunya itu, kini sekolah swasta percuma tersebut memiliki sekitar 40 pelajar muda.

Meskipun dibina secara kecil-kecilan, dengan bantuan dari jiran-jiran dan organisasi yang kagum dengan kesungguhan Leonardo, kini sekolah tersebut mula memiliki meja dan kerusi untuk pelajar, loker, papan hitam dan juga loceng yang digunakan semasa waktu rehat.

Kesungguhan Leonardo dapat dilihatĀ  apabila dia yang tinggal kira-kira 20 minit dari rumah neneknya, sanggup berulang-alik ke sekolah itu setiap hari dengan apa keadaan cuaca sekalipun bagi memastikan anak muridnya tidak ketinggalan pelajaran.

Image result for leonardo nicanor school

“Dia tidak pernah tidak hadir mengajar. Dia sangat mengagumkan saya dengan kelakuan murninya itu,” ujar neneknya yang dipetik dari laporan tempatan.

Sekolah percumanya itu memiliki seramai 36 pelajar yang lebih muda darinya dan selebihnya adalah orang dewasa yang ingin meneruskan pelajaran mereka yang tergendala sebelumnya.

Leonardo yang berperanan sebagai guru dan pengetua itu bangga kerana inisiatifnya telah membuahkan hasil dan berjaya membuat perbezaan besar terhadap pembelajaran kanak-kanak di sana.

Sumber: OddityCentral

Aisha Ratnila

"Don't be distracted by criticism. Remember the only taste of success some people get is to take a bite out of you."

- Zig Ziglar