Siakap Keli
Gambar : FB Prema Mathibalan

”Saya Akan Beritahu Anak Saya Betapa Baiknya Kamu Adib,” – Wanita Ini Kongsi Kenangan Terakhir Bersama Arwah

Semalam, pemergian Muhammad Adib ditangisi ramai. Bukan sahaja ahli keluarga dan rakan-rakan, seluruh rakyat Malaysia merasa berduka dengan apa yang menimpa wira negara itu sehingga mengorbankan nyawanya dalam insiden rusuhan di kuil Sri Maha Mariamman di USJ25, Subang Jaya pada 27 November lepas.

Seorang wanita berbangsa India berkongsi kenangan bersama Allahyarham Adib dengan meluahkan rasa sedih di atas apa yang berlaku. Melalui beberapa keping foto yang dimuat naik di facebook itu, Allahyarham disifatkan sebagai orang yang baik di atas layanannya terhadap mereka sekeluarga.

Bersemadilah dengan tenang perwira kami. Moga ditempatkan dalam kalangan orang beriman. Mereka yang bertanggungjawab pastinya akan dibawa ke muka pengadilan kelak. Ikuti luahannya seperti di bawah. Sebak!

Bersemadilah dengan tenang hero..

Anak saya mempunyai kenangan bersama kamu. Saya akan selamanya memberitahu mereka betapa baiknya kamu kepada kami semua.. Saya hilang kata..

Saya marah dan bersedih.. Kamu tidak layak untuk menerima semua ini..  Berehatlah dengan tenang hero..

Melihat dia berada dalam semua gambar ini, bolehkah mereka yang bertanggungjawab melakukan perbuatan ini kepadanya membawa dia pulang semula.. Dunia ini tidak adil..

Sumber : Prema Mathibalan

BACA: Amritsar Dan Jaipur, Senarai-Senarai Lokasi Yang ‘Super Cantik’ Tapi Ramai Pelancong Tak Tahu Ada Di India

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.