Siakap Keli

Tepi Sikit iPhone, Vivo Nak Tunjuk Apa Maksud Sebenar ‘Inovasi’.

Hanya ada satu sahaja pengeluar yang betul-betul berinovasi tahun ini, bukan dua nama besar cliché Samsung mahupun iPhone, tetapi anugerah smartphone paling berinovasi 2018 harus diberikan kepada Vivo.

VIVO Pelopor Peranti Masa Hadapan!

Sebelum ini saya berkesempatan untuk mencuba pelbagai model telefon pintar untuk artikel ulasan. Pandangan skeptik saya tentang Vivo hanya sekadar peranti ‘selfie’ berubah apabila mereka memperkenalkan rekaan konsep kamera ‘pop-up’ dalam membawakan peranti skrin penuh tanpa bezel.

Ia kemudian dipersembahkan ke pasaran sebagai Vivo NEX.

Vivo NEX juga adalah yang pertama mengetengahkan fungsi pengimbasan jari pada skrin yang dilihat bakal menjadi ikutan di tahun mendatang. Dengan keluasan skrin 6.59 inci Super AMOLED bersama nisbah skrin sehingga 91.24%, membuatkan TV dan komputer riba sudah tidak lagi relevan.

Dikuasakan dengan cip pemprosesan pujaan ramai, Snapdragon 845, RAM 8GB, bateri 4,000mAh dan storan dalaman 128GB bersama sokongan memori tambahan melalui slot kad MikroSD.

Vivo NEX menggunakan tetapan dwi kamera utama yang menggabungkan lensa 12MP + 5MP dengan ciri penstabilan imej optikal (OIS). Ciri utama yang dipertaruhkan pada model ini adalah kamera selfie ‘pop-up’, menggunapakai lensa 8 MP yang turut menyokong fungsi pengimbas wajah.

Vivo bukan lagi sekadar peranti ‘selfie’

Walaupun Vivo dilihat semakin menunjukkan taringnya dalam arena model berkelas bangsawan, tetapi mereka masih tidak melupakan barisan model lain. Contohnya Vivo turut membawakan fungsi pengimbasan cap jari pada skrin kepada Vivo V11.

Vivo V11 Seksi Habis!

Ia hadir dengan binaan skrin penuh dengan rekaan takuk kecil seakan-akan titisan air (droplet) yang menjadikannya sebuah peranti dengan paparan skrin Super AMOLED yang luas, digelar sebagai Halo FullView, berukuran 6.41 inci pada 91.27% nisbah skrin.

Vivo V11 dilengkapi dengan tetapan dwi-kamera utama 12MP bersama bukaan lensa yang besar pada f/1.8 memastikan hasil gambar yang terang dan jelas dan satu lagi 5MP digunakan sebagai depth sensor.

Vivo V11 dikuasakan dengan cip pemprosesan Snapdragon 660AIE dan RAM 6GB, bateri bersaiz 3,400 mAh bersama storan dalaman 128GB. Kedua-dua Vivo NEX dan V11 turut hadir dengan sokongan Dual Engine Fast Charging. Kedua-dua Vivo NEX dan V11 turut hadir dengan sokongan Dual Engine Fast Charging.

Ia beroperasi dengan FunTouch OS 4.5 (Android 8.1) dibantu oleh AI bernama Jovi yang akan membantu menguruskan setiap operasi memori dan CPU untuk memastikan peranti berjalan dengan lancar.

Vivo dilihat satu-satunya pengeluar yang betul-betul berusaha untuk membawakan inovasi baru kepada pengguna tahun ini. Lihat sahajalah bagaimana Apple sudah mula menunjukkan tanda-tanda putus asa dengan keluaran model baru iPhone Xs? Hidangan yang sama, bezanya harga lebih mahal.

Baik Beli Vivo!

Boleh ke mana-mana Vivo Concept Store atau collaboration partners store seperti Senheng/senQ, Courts, Chan Furniture, Harvey Norman, AEON atau pembelian secara online di www.vivostore.com.my mahupun di Lazada, 11street, Shopee, LMall, Ezbuy, dan Aladdin Street.

 

 

Haikal Ariff

I don't care what people think, because people don't think