Siakap Keli
Gambar : Okezone

Viral Kanak-Kanak Lelaki Usia 9 Tahun Kahwini Remaja 14 Tahun?

Mengejutkan apabila beberapa keping gambar tular di media sosial menunjukkan pasangan pengantin muda yang berada di pelamin sekaligus mencetuskan pelbagai reaksi netizen di Indonesia.

Menurut sumber, pengantin lelaki yang dilihat memakai jubah berusia 9 tahun, manakala pengantin perempuan pula yang segak mengenakan gaun putih berusia 14 tahun.

Malah, turut kelihatan di belakang pelamin mereka satu poster yang tergantung tertera ucapan “Happy Wedding Suudi & Nur-Janna”, bersama gambar pra perkahwinan mereka yang saling membelakangi badan.

Gambar seterusnya pula menunjukkan pasangan itu saling menyilang tangan bersama-sama ketika mahu minum air dari cawan. Di hadapan mereka pula terdapat sebiji kek dua tingkat berwarna merah jambu dengan tulisan ‘happy wedding’.

Namun, tidak dapat dipastikan adakah gambar-gambar yang tular itu benar-benar di ambil dari majlis pernikahan mereka. Tetapi jika dilihat pada gambar-gambar lain, kelihatan terdapat beberapa orang tetamu yang datang menghadiri majlis tersebut membawa kad dan hadiah seakan menghadiri majlis perkahwinan sebenar.

Sehingga kini, gambar yang tular tersebut mendapat lebih daripada 20 ribu like dan ribuan komen dari netizen yang mempersoalkan pernikahan pasangan itu sebagai terlalu muda untuk mendirikan rumah tangga.

”Memang boleh nikah secara sah ya? Di mana kejadian ini? Apa guna kerajaan negeri? Hetikan pernikahan ini untuk masa depan bangsa,” tulis netizen.

Berita pernikahan Suudi dan Nur-Janna ini pastinya memberi tamparan yang hebat kepada Kerajaan Indonesia. Manakan tidak apabila Kementerian Wanita dan Kanak-kanak sedang giat berusaha membantah perkahwinan yang melihatkan kanak-kanak di negara itu. Bagaimana pula pendapat anda?

Sumber : Okezone

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.