Apabila terima mesej dari scammer, apa yang kebanyakan dari kita akan buat adalah mengabaikan sahaja mesej terbabit. Itu merupakan langkah yang sepatutnya diambil bila kita berhadapan dengan scammer atau orang yang tidak dikenali di internet.
Namun ada juga yang bertindak lebih dengan melayan sahaja karenah scammer tersebut mungkin untuk tujuan suka-suka atau untuk membuat posting di media sosial bagi tujuan memperingatkan orang ramai.
Tetapi terdapat satu kes yang menarik berlaku kepada seorang usahawan yang bernama Ben Taylor apabila dia menerima satu mesej dari seorang lelaki bernama Joel dari Liberia di Facebook.
Joel ‘Perlukan Bantuan Kewangan’
Menceritakan kes terbabit, Taylor berkata Joel mengirim satu mesej di Facebook yang berkata dia perlukan bantuan kewangan dan mahu Taylor menghantar barangan elektronik kepadanya untuk dijual di Liberia. Menurut Joel lagi, keuntungan akan dibahagi kepada dua.
“Ketika itu saya sedar bahawa ini merupakan salah satu penipuan ‘internet Africa’, tetapi saya layankan sahaja dan tunggu apa yang akan berlaku selepas itu.
“Saya fikir ‘lebih banyak masa dia saya berjaya habiskan, lebih sedikit masa yang scammer-scammer ada untuk menipu orang ramai'” kata Taylor.
Taylor Ajak Joel ‘Buat Bisnes’
Mahu melayan karenah Joel, Taylor berkata bahawa dia tidak mempunyai sebarang peralatan elektronik untuk dihantar tetapi mempunyai satu cadangan bisnes untuk Joel.
Cadangan yang dikemukakan oleh Taylor mudah sahaja, Joel cuma perlu mengambil gambar tempat tinggalnya dan akan dibayar berdasarkan gambar-gambar yang terpilih. Hasilnya? Amat teruk.

“Lelaki itu mungkin gunakan telefon lipat 15 tahun lepas atau yang lagi teruk. Tapi saya agak terkejut dia cuba untuk mengambil gambar-gambar tersebut”, cerita Taylor.
Kamera Baru Untuk Joel
Mahu melihat sejauh mana ‘bisnes’ ini boleh pergi, Taylor memutuskan memperuntukkan sedikit duit kepada Joel. Taylor membeli sebuah kamera baru berharga $30 untuk Joel dan menghantarnya melalui pos.
“Saya berfikir saya akan menggunakan sedikit duit untuk mengetahui sama ada lelaki ini cuba untuk menipunya di internet atau memang benar-benar mahu meningkatkan taraf hidupnya (dengan membuat sedikit duit)”, jelas Taylor.

Hasilnya…
Selepas menerima kamera terbabit, hasil-hasil gambar dari Joel meningkat namun masih perlu diperbaiki.

“Walaupun gambar-gambar yang diambil ada peningkatan, ia masih lagi teruk. Jadi saya beritahu Joel jika dia mahu buat wang dengan mengambil gambar, dia perlu berlatih. Dia berdiri tegak tanpa gegar ketika mengambil gambar dan pastikan subjeknya mendapat cahaya yang cukup.
“Dan percayakah anda dia berjaya?” kata Taylor.



Menurut Taylor, gambar-gambar yang diambil oleh Joel selepas itu sangat mengagumkan dan berjaya ‘menceritakan’ kesusahan hidup di Liberia.
Wang Untuk Joel
Berpegang kepada janjinya, Taylor perlu memikirkan bagaimana untuk membayar Joel hasil dari gambar-gambar yang diambilnya itu. Untuk melunaskan janjinya itu, Taylor membuat satu album gambar dan melancarkan kempen indiegogo untuk mengumpul kutipan untuk Joel.
Hasilnya, hampir 1,000 naskah album terjual di lebih 40 buah negara dan kempen itu berjaya mengutip sebanyak $13,191. Seperti yang dijanjikan, Taylor dan Joel akan membahagikan keuntungan sama rata iaitu sebanyak 50-50.

50% Untuk Kebajikan
Taylor kemudiannya mengambil keputusan untuk memberikan 50% bahagian yang diperolehnya itu untuk kebajikan. Taylor kembali menghubungi Joel dan bertanya sekiranya ada apa-apa yang boleh dibantu untuk penduduk di sana. Joel berkata kanak-kanak di sini sememangnya memerlukan kelengkapan untuk belajar.
“Kami akan mula dengan mentarget 100 orang kanak-kanak dan itu akan berjumlah $500. Saya fikir disini saya akan dapat tahu niat sebenarnya Joel. Adakah dia akan menggunakan semua wang itu untuk diberikan kepada kanak-kanak terbabit atau simpannya untuk diri sendiri.” kata Taylor.
Namun, pemindahan wang terbabit tidak semudah yang disangkakan apabila permintaan pemindahan wang terbabit ditolak oleh Western Union apabila dibuat secara online. Taylor terpaksa memindahkan wang itu secara tradisional di kiosk Western Union.

Akhirnya wang tersebut berjaya sampai ke tangan Joel.
Diri Joel Yang Sebenar…
Jadi, adakah wang tersebut digunakan sebetulnya oleh Joel? Lihat hasilnya.




“Bila anda memberikan seseorang itu satu peluang, kadang-kadang mereka bukannya seperti yang anda sangkakan. Kadang-kadang mereka akan membuat kejutan dan kadang-kadang anda adalah jawapan kepada harapan mereka.” kata Taylor di akhir video tersebut.
Tonton video terbabit dibawah
👏This guy decided to play along with an 'Internet scammer'. He couldn't have predicted where it would lead him pic.twitter.com/Z1FBaiaVvO
— Larry Kim (@larrykim) December 22, 2018