Siakap Keli

Rakaman Detik Cemas Pentas ‘Ditelan’ Tsunami Ketika Membuat Persembahan, Vokalis Band Seventeen Minta Doa Agar Isteri, Pemain Bass Ditemukan

Rakaman klip video menyaksikan kedatangan tsunami besar meruntuhkan panggung konsert band pop terkenal Indonesia, Seventeen yang sedang membuat persembahan di sebuah resort di Tanjung Lesung, Indonesia.

Detik-detik cemas itu sempat dirakam menunjukkan gelombong air tinggi mruntuhkan pentas itu daripada belakang.

Vokalis utama kumpulan itu, Riefan Fajarsyah turut berkongsi kesedihan dan meminta semua orang berdoa melalui laman Instagram miliknya.

“Kami kehilangan pemain bass kami, Bani dan pengurus kami Oki, isteri saya juga” katanya sambil mengesat air mata.

 

Sumber: Instagram, Twitter

Nur Farra