Siakap Keli

Jurugambar Rakam Klip Bola Api Seperti Ingin ‘Menghentam’ Bumi, NASA Beri Penjelasan

Beberapa hari lalu laman media sosial media dikejutkan dengan rakaman bola api seperti ingin menghentam bumi.

Howard Gowan, seorang juru gambar amatur berjaya menangkap klip tersebut dan berkongsi di internet.

“Saya selalu keluar mencari matahari terbit dan terbenam.  Saya sudah ada di sini sekitar jam 7 pagi sambil melihat matahari naik.  Bila saya berpaling dan melihat ke arah selatan, saya melihat bola api yang besar di udara.”

“Saya sangat teruja kerana tidak pernah melihat sesuatu yang seperti itu, Saya ingin berkongsi rakaman tersebut dan memuat naiknya ke internet.  Saya terkejut, petang itu orang ramai sudah mula bercakap tentangnya.”

Rakaman tersebut walau bagaimanapun telah menarik perhatian pihak NASA.

Menurut mereka, objek itu bukanlah sesuatu yang perlu ditakutkan.  Ia adalah kontra jet.

“Ia nampak begitu terang disebabkan oleh cahaya matahari,” kata seorang pegawai.

Bagi Howard pengalaman itu adalah antara pengalaman terbaik bagi dirinya sebagai seorang jurugambar yang sentiasa mencari sesuatu kelainan.

“Saya rasa bertuah dan seronok dapat berkongsi perkara tersebut dengan orang ramai.”

Sumber: Mirror

Nur Farra