Siakap Keli

(Video) “Demi Nak Selamatkan Diri, Sanggup Dia Langgar Semua Motorsikal,” Netizen Bengang Pemandu Lori ‘Gila’ Langgar 20 Kenderaan

Kejadian yang berlaku semalam mengejutkan penduduk tempatan apabila sebuah trak kontena bersaiz besar merempuh sekurang-kurangnya 20 motorsikal yang sedang menunggu lampu isyarat hijau di persimpangan Binh Nhut di daerah Ben Luc, bandar Ho Chi Minh.

Menurut laporan, kebanyakan motosikal diseret lebih 150 meter sebelum trak berhenti.

“Insiden itu sangat mengerikan,” kata salah seorang saksi.

Media tempatan melaporkan seramai 3 orang telah meninggal dunia di tempat kejadian, dan seorang lagi meninggal dunia di hospital manakal 16 yang lain masih dirawat.

Pemandu trak, Pham Thanh Hieu, 32 melarikan diri selepas kemalangan terbabit.

Siasatan awal menunjukkan bahawa dia cuba mempercepatkan kenderaan sebelum lampu bertukar merah.

Polis masih meneruskan siasatan keatas pemandu trak terbabit.

Rata-rata netizen mengkritik tindakan lori bermuatan berat itu kerana didakwa cuba memecut sehingga melibatkan kenderaan yang lain.

Sumber: Vietnam News

Nur Farra