Siakap Keli

”Saya Ada Masalah Kewangan…” – Ini Antara 4 Perkara Tak Perlu Didedahkan Masa Interview

Maukerja - Kerja Kosong Malaysia

Senarai Kerja Kosong Terkini 2019 di Kuala Lumpur, Selangor, Johor, Penang, Perak & negeri-negeri lain. Tawaran kerja kepada calon PMR, SPM, Diploma & Degree. Ikuti pautan Maukerja.my atau tekan butang media sosial di bawah untuk mencari kerja kosong.


Proses interview adalah salah satu proses paling kritikal dan titik penentuan sama ada calon akan diterima bekerja ataupun sebaliknya. Sebab itulah pelbagai tips interview sering dikongsikan untuk job seeker di luar sana supaya tidak membuat kesilapan berulang kali.

Hasil kajian yang dibuat oleh Maukerja, di sini terdapat 4 perkara yang calon tak perlu dedahkan kepada interviewer semasa interview nanti. Apa dia?

1. ”Kalau Tak Dapat Kerja Sini, Saya Ada Second Choice Di…”

Memanglah kita kena bercakap jujur semasa interview, tapi kalau nak jujur pun biar bertempat. Adatlah kalau tengah mencari kerja tu, kita akan mohon kerja di beberapa syarikat lain. Kan? Tapi seeloknya, rahsiakan perkara ini daripada interviewer sebab ini akan menggambarkan korang ni seolah-olah tak serious dengan jawatan yang korang mohon tu!

2. ”Lulusan Akademik Saya Perfect, Jadi Saya Nak Gaji Seperti Yang Diminta…”

Zaman sekarang ni, kalau nak mohon kerja, antara kriteria yang dipandang adalah pengalaman kerja. Ramai fresh grad di luar sana dengan CGPA gempak tapi rata-rata kecundang dalam mendapatkan kerja disebabkan tiada pengalaman kerja. Itulah tujuannya gaji dinyatakan pada iklan kerja kosong tersebut, untuk calon dapatkan anggaran gaji yang ditawarkan. Jadi kalau rasa gaji yang ditawarkan terlalu rendah, janganlah mohon ye.

 

 

3. ”Saya Ada Masalah Kewangan…”

Memang betul, kita nak kerja sebab nak menampung sumber kewangan kita. Siapa je yang nak kerja sekadar suka-suka kan? Tapi kalau boleh, elak daripada terlalu mendedahkan masalah personal korang di hadapan interviewer. Takut daripada layak diambil bekerja, terus timbulkan ragu-ragu kepada majikan untuk ambil korang bekerja! Lagi satu, majikan mungkin akan berfikir yang korang ni nak bekerja sebab betul-betul terdesak je. Kalau masalah korang dah selesai, ada potensi untuk korang berhenti kerja. Haa, betul tak?

4. ”Memang Saya Dah Apply Di Banyak Tempat, Tapi Saya Nak Kerja Kat Sini Sebab Company Ni Nampak Hebat…”

Ini pun salah satu kesilapan yang selalu dibuat oleh interviewer. Dah lah mohon kerja lepas tu CC email banyak-banyak, lepas tu dengan bangganya bercerita pada interviewer yang korang dah mohon di banyak tempat tapi semuanya korang tolak sebab korang rasa syarikat tu tak hebat. Korang sebenarnya dah memberi gambaran kepada interviewer jika korang dapat tawaran lain, tak mustahil korang akan cabut daripada company yang sekarang ni.

Ingin menonton lebih banyak video-video berkaitan tentang tips kerjaya dan interview? Jangan lupa subscribe di Youtube Maukerja!

Maukerja - Kerja Kosong Malaysia

Senarai Kerja Kosong Terkini 2019 di Kuala Lumpur, Selangor, Johor, Penang, Perak & negeri-negeri lain. Tawaran kerja kepada calon PMR, SPM, Diploma & Degree. Ikuti pautan Maukerja.my atau tekan butang media sosial di bawah untuk mencari kerja kosong.