Siakap Keli

Tak Konvo Lagi Dah Dapat Kerja, Naik Pangkat Setiap Tahun Pulak Tu, Apa Rahsia?

Maukerja - Kerja Kosong Malaysia

Senarai Kerja Kosong Terkini 2019 di Kuala Lumpur, Selangor, Johor, Penang, Perak & negeri-negeri lain. Tawaran kerja kepada calon PMR, SPM, Diploma & Degree. Ikuti pautan Maukerja.my atau tekan butang media sosial di bawah untuk mencari kerja kosong.


Tak ada perkara yang mustahil dalam dunia ni.

Jika kita sentiasa ada semangat nak berusaha untuk jadi lebih maju kedepan kita harus yakin yang kita mampu melaksanakannya, pesaing hidup yang sebenar adalah diri kita sendiri.

Baca perkongsian dari gadis manis ini yang ditemubual oleh Maukerja, bagaimana dia mengatur kehidupanya dan berjaya mendapat pekerjaan di usia muda 23 tahun.

 

Semasa Belajar

 

1. Cari Wang Tambahan Semasa Belajar

Semuanya bermula apabila saya di tahun ketiga bergelar siswazah, semester kelima sewaktu pengajian diploma, saya sangat bencikan subjek ‘Web Design’ saya pernah mendapat markah yang paling rendah dalam kelas dan diperli oleh pensyarah, jadi dari situ saya mula berazam untuk menjadi lebih baik dalam design dan berdiri setaraf dengan rakan-rakan sekelas yang lain.

Saya seorang yang mudah mempelajari sesuatu, jadi saya menggunakan bakat ini untuk belajar lebih lanjut mengenai cara-cara menggunakan Adobe Illustrator, jadi apabila saya dah mahir. Saya mula mencuba-cuba untuk menghasilkan design menggunakan nya. Alhamdulillah, rezeki saya tertulis di situ. Lecturer dan ramai rakan-rakan yang menyokong bahawa design yang saya hasilkan cantik.

Jadi saya gunakan peluang ini sepenuhnya untuk menjadikan ia sebagai senjata bagi mendapatkan duit poket! Sepanjang bergelar mahasiswa, saya menjadi salah seorang daripada ribuan ‘freelancer’ yang mengambil upah membuat sebarang design yang dimahukan oleh pelanggan. Tak kira la design flyers, bunting, light box foodtruck, signboard, dan sebagainya. Semuanya saya terima dengan berlapang dada.

Dan dari situ saya mula berniat untuk membantu mereka-mereka yang mempunyai perniagaan dan memerlukan khidmat designer, tetapi tidak mampu untuk mengeluarkan kos upah yang mahal bagi design produk jualan mereka. Saya tawarkan dengan harga yang rendah sahaja kerana memang berniat untuk membantu, jadi upah untuk satu kos design saya maximum hanyalah RM 30 pada waktu itu. Jadi saya mulakan langkah dengan membuat design untuk seorang peniaga foodtruck.

Tapi suka untuk saya ingatkan, sekiranya korang berminat nak jadi freelancer pastikan korang buat perjanjian hitam & putih walaupun dengan niat untuk membantu, kerana terlalu ramai yang suka mengambil kesempatan diatas niat murni kita! Saya bercakap melalui pengalaman, saya pernah alami sendiri client ambil kesempatan terhadap kebaikan saya dan design saya digunapakai secara percuma sehingga ke hari ini, oleh kerana saya tiada perjanjian hitam & putih saya tak boleh mengambil sebarang tindakan terhadapnya.

Daripada seorang siswazah jurusan kewartawanan yang bencikan subjek ‘designing’, hari ini design telah menjadi sebahagian daripada hidup saya. Kerana design saya dapat  menimba pengalaman dan ditawarkan perkejaan sebelum saya sempat bergraduasi dan hari ini jawatan saya adalah sebagai seorang ‘Senior Web Designer’ di salah sebuah syarikat di ibu kota.

Semasa Bekerja

 

1. Cipta ‘Bonding’ Dengan Majikan Tempat Kerja

Sepanjang saya menjalani latihan industri di syarikat saya bekerja sekarang, saya memang sorang yang peramah dan tak kekok untuk membina hubungan yang baik dengan majikan saya.

Saya juga sentiasa bertukar-tukar idea baru dengan bos diwaktu kerja, saya gemar meminta pendapat beliau untuk memastikan saya dapat menghasilkan kerja yang berkualiti dan berada pada haluan yang benar. Seperti yang di mahukan oleh client, kerana jika client gembira saya percaya mereka tidak serik dan akan kembali menggunakan khidmat saya.

Oleh sebab ini, tanpa saya disedari lama kelamaan jurang antara saya dan bos sebagai majikan dan pekerja menjadi rapat dengan sendirinya. Jadi korang mungkin boleh gunakan teknik ini juga untuk ‘make friends’ dengan majikan korang, terutamanya majikan lelaki.

Korang kena buang sikap takut dengan majikan, kalau korang takde buat salah kenapa nak takut. Majikan juga manusia biasa seperti kita dan tak kan marah korang tanpa sebab yang kukuh. Lagi pun bila dimarah korang akan lebih belajar dan jadi lebih baik. Bila korang dan ada bonding yang baik dengan bos, kerja korang pun lebih mudah dan selesa. Rasa seronok je nak pergi kerja. Percayalah!

 

2. Jangan Jadi Pepahat! Sekali Ketuk Sekali Masuk.

Disebabkan syarikat yang saya kerja ni masih lagi dalam development process, jadi pekerja tidak begitu ramai. Kekangan pekerja ini membuatkan saya terpaksa bolot semua kerja yang perlu dilaksanakan. Dari web designer, Photographer, Photo Editor semuanya saya lakukan tanpa banyak soal. Jadi ini adalah satu kelebihan bagi saya, mungkin nampak leceh untuk dilaksanakan tapi saya dapat belajar banyak perkara dalam satu masa.

Berbanding jika korang bekerja di syarikat yang besar, mereka lebih mencari kesempurnaan dalam satu-satu kerja yang diberi. Jadi korang tak diberi ruang untuk belajar atau melakukan sebarang kesilapan langsung. Ramai diantara kita yang berasa bangga bekerja di syarikat besar, tapi terlepas peluang untuk perkembangan kerjaya dan belajar banyak perkara. Sebenarnya pengalaman ini yang akan membantu di kemudian hari.

Lagi satu tips yang sangat saya anjurkan untuk korang buat adalah ‘try an error’, saya sejenis tak suka untuk terlalu banyak bertanya untuk menyiapkan satu kerja. Saya akan clarify segala maklumat yang diberi sejelas-jelasnya bersama majikan sekali atau dua sahaja, selebihnya saya akan cuba untuk melaksanakan nya sendiri dahulu dan setelah selesai hampir 60% baru saya akan rujuk kepada majikan apa yang perlu saya tambah baik.

Jadi majikan pun takde la serabut korang asik nak kacau dia je 24 jam, kadang-kadang kita tak tau keupayaan kita sendiri sampai lah kita usaha untuk melaksanakan nya tanpa bantuan orang lain. Jangan mudah katakan tidak dan bersikap terlalu negatif. Kerana semuanya berpunca dari diri sendiri, bila kita yakin dengan diri sendiri kita pasti boleh mencapai kejayaan dengan lebih mudah!

Ini sahaja beberapa tips saya amalkan dan kongsikan kepada korang semoga ia bermanfaat dan kita sama-sama berjaya di dunia dan akhirat, sekian.

Bagi yang baru habis konvo dan sedang mencari kerja kosong, jangan lupa layari ke Maukerja untuk dapatkan kerja impian anda!

Maukerja - Kerja Kosong Malaysia

Senarai Kerja Kosong Terkini 2019 di Kuala Lumpur, Selangor, Johor, Penang, Perak & negeri-negeri lain. Tawaran kerja kepada calon PMR, SPM, Diploma & Degree. Ikuti pautan Maukerja.my atau tekan butang media sosial di bawah untuk mencari kerja kosong.