Teka-teki yang melanda Ketua Jurulatih Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe akhirnya terjawab apabila Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dalam satu sidang media yang diadakan di Wisma FAM, Kelana Jaya bersetuju untuk menyambung kontrak pengendali Harimau Malaya itu sehingga tahun 2021.
Status Tan Cheng Hoe sebelum ini menjadi tanda tanya apabila kontrak beliau bersama pasukan kebangsaan berakhir pada bulan Disember yang lepas. Cheng Hoe yang berjaya membawa pasukan kebangsaan layak ke perlawanan akhir Piala AFF Suzuki baru-baru disifatkan sebagai pilihan yang tepat untuk mengembalikan pasukan Harimau Malaya di landasan yang betul.
LIVE: Sidang media selepas mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Pasukan Kebangsaan FAM di Wisma FAM
Posted by Football Association of Malaysia (Official) on Monday, 7 January 2019
“Ahli jawatankuasa sebulat suara bersetuju melantik semula jurulatih Tan Cheng Hoe untuk meneruskan agenda pasukan kebangsaan dan memberi peluang ke tahap yang lebih tinggi,” ujar Timbalan Presiden FAM Datuk Mohd Yusoff Mahadi selepas Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Pasukan Kebangsaan FAM di Wisma FAM pada Selasa.
Tan Cheng Hoe sebelum itu dilantik sebagai Penolong Jurulatih kepada Nelo Vingada yang bertahan hanya beberapa bulan sahaja bersama FAM sebelum Cheng Hoe mengambil alih kerusi panas itu.