Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Frattesi Muncul Wira Inter, ‘Tendang’ Barcelona Dari UCL

inter tendang barcelona ucl
Gambar: AFP

Frattesi Muncul Wira Inter, ‘Tendang’ Barcelona Dari UCL

MILAN — Inter Milan berjaya melakar kemenangan dramatik 4-3 ke atas Barcelona dalam aksi separuh akhir kedua Liga Juara-Juara (UCL) di San Siro awal pagi tadi, sekali gus mara ke final dengan agregat 7-6.

Bermain di laman sendiri, skuad kendalian Simone Inzaghi tampak selesa apabila mendahului 2-0 pada separuh masa pertama hasil jaringan Lautaro Martínez dan sepakan penalti Hakan Çalhanoğlu.

Bagaimanapun, kelab dari Sepanyol itu tidak mengalah apabila mengikat skor 2-2, selepas Eric García merapatkan jurang sembilan minit selepas rehat. Sementara Dani Olmo menanduk gol penyamaan pada minit ke-60.

Giliran pelawat pula berjaya di hadapan apabila Raphinha merembat masuk bola ke gawang gol yang di kawal rapi Yann Sommer pada minit ke-88.

Ketika trofi UCL hampir pasti menjadi milik Blaugrana, Francesco Acerbi muncul penyelamat Nerazzurri apabila menyamakan kedudukan pada masa kecederaan, untuk mengheret ke masa tambahan dengan agregat 6-6.

Frattesi Wira Inter Milan

Ketika perlawanan tampak menuju ke penentuan penalti, Frattesi, yang masuk sebagai pemain gantian, meledak gol kemenangan pada minit ke-99.

Gol itu sudah cukup untuk menjadi pemisah yang membawa Inter ke pentas final buat kali kedua dalam tiga musim.

Inter kini akan menantikan pemenang antara Paris Saint-Germain (PSG) dan Arsenal, dalam aksi final di Munich pada 31 Mei ini.

Sumber: AFP via Barron

BACA: Trent Alexander-Arnold Sah Tinggalkan Liverpool, Bakal Ke Real Madrid

BACA: Gol Tunggal Dembele Pisahkan Kemenangan PSG Di Emirates