Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Trent Alexander-Arnold Sah Tinggalkan Liverpool, Bakal Ke Real Madrid
Bek kanan ternama, Trent Alexander-Arnold dilapor telah memaklumkan hasratnya untuk berhijrah dan mencari cabaran baru musim depan.
Berita berkenaan disahkan oleh kelab semasanya, Liverpool FC menerusi satu kenyataan yang dimuat naik di laman sesawang rasmi kelab sebentar tadi.
Menurut Liverpool, Trent akan meninggalkan kelab selepas kontraknya berakhir pada 30 Jun ini, menamatkan era gemilang selama dua dekad bersama gergasi Liga Perdana Inggeris (EPL) itu.
Trent sah tinggalkan Liverpool pada musim panas ini, dijangka sertai Real Madrid
“Pertama sekali, saya ingin memberitahu bahawa ini bukan satu keputusan mudah untuk dibuat. Banyak pertimbangan dan perasaan yang perlu saya fikirkan.
“Saya sudah pun bersama Liverpool selama 20 tahun dan menikmati semua saat berada di sini, mencapai segala kejayaan yang saya impikan bersama kelab.
“Selepas memberikan segalanya setiap hari selama 20 tahun, kini saya fikir sudah saya sudah tiba di satu tahap yang memerlukan perubahan. Cabaran baharu sebagai seorang pemain dan juga manusia.
Trent menyertai akademik Liverpool pada usia 6 tahun dan menunjukkan perkembangan luar biasa di setiap peringkat umur.
Beliau kemudian melakukan debut dalam EPL pada 2016 dan sejak itu sudah memiliki 352 penampilan bersama skuad senior.
Beraksi sebagai permain pertahanan kanan, Trent sudahpun menjulang segala trofi utama yang ditawarkan di peringkat kelab termasuk juara EPL sebanyak dua kali dan juara Liga Juara-juara Eropah.
Dalam pada itu, pakar perpindahan pemain terkemuka dunia, Fabrizio Romano memaklumkan bahawa gergasi La Liga, Real Madrid bakal menjadi destinasi Trent yang seterusnya.
Menurut Fabrizio, Trent akan menyertai Real Madrid pada musim panas ini dan kelab itu sudah pun menyediakan semua dokumen perpindahan yang diperlukan.
BACA: Hilang Sejak 1962, Wanita Ditemui Selamat & Sihat
Sumber: Liverpool, Fabrizio Romano