Siakap Keli

Contoh Resume Terbaik 1 Muka Surat Dan 4 Sebab Kenapa Majikan Ini Puji Resume Ni Melambung

Maukerja - Kerja Kosong Malaysia

Senarai Kerja Kosong Terkini 2019 di Kuala Lumpur, Selangor, Johor, Penang, Perak & negeri-negeri lain. Tawaran kerja kepada calon PMR, SPM, Diploma & Degree. Ikuti pautan Maukerja.my atau tekan butang media sosial di bawah untuk mencari kerja kosong.


Antara faktor seseorang job seeker itu berjaya diterima bekerja adalah disebabkan oleh resume yang dihasilkan adalah lengkap, padat dan betul-betul memenuhi kriteria yang ditetapkan oleh seorang majikan. Penting bagi job seeker untuk menghasilkan resume terbaik untuk rujukan majikan kerana resume dapat membantu recruiter memberi gambaran tentang bagaimana personaliti diri kita sebenarnya.

Pelbagai contoh resume yang boleh kita google dan dapatkan menerusi internet, tetapi persoalannya contoh resume manakah yang terbaik dan boleh dijadikan sebagai rujukan? Apakah ciri-ciri yang menyebabkan sesebuah resume itu dikatakan terbaik dan menepati kriteria seorang recruiter?

Di sini terdapat contoh resume terbaik yang telah mendapat pujian oleh majikan, Ir Meor Shamshir kerana memenuhi kriteria yang diinginkan. Daripada gambar, email sehinggalah rujukan, semuanya memuaskan dan wajar dijadikan sebagai rujukan.

Bagi job seeker di luar sana, bolehlah jadikan resume ini sebagai contoh resume kerja yang korang boleh gunakan untuk memohon kerja nanti.

Contoh resume terbaik 1 muka surat yang memukau majikan

Walaupun cuma satu muka surat saja, tapi job seeker ini berjaya memasukkan kesemua maklumat di dalamnya. Memang betul-betul contoh resume terbaik!

4 Sebab Kenapa Ini Merupakan Contoh Resume Terbaik

”I think I like this style of resume. Immaculate and clear. The type of sexy 1-page resume I am looking for.”

1. Tak Meleret

Budak ni dah ada 2 tahun pengalaman kerja. Dia tak citer banyak. Tapi saya faham apa yang dia nak sampaikan.”

Bila ingin menulis resume kerja, pastikan resume tersebut tidak terlalu meleret-leret sehinggakan menimbulkan satu perasaan bosan kepada recruiter. Cuba kita letakkan diri kita dalam diri recruiter tersebut. Dalam sehari ada berapa banyak resume yang mereka kena baca? Pastikan info yang kita masukkan adalah betul-betul maklumat yang perlu diketahui oleh recruiter bagi mengelakkan ia meleret dan panjang lebar.

2. Ikut Turutan

Seksyen dalam resume dia nampak in good order. Maklumat diri, followed by work experience, then education, then tecnical certification and referees. Bagi yang tak ada technical certification, boleh letak sijil NGO atau kerja kemasyarakatan. AJK surau pun ok!”

Haa ini satu lagi! Ada sesetengah job seeker yang main hentam dan menulis resume tak ikut turutan. Kan tak cantik tu? Korang tahu tak, penulisan yang mengikut turutan boleh menimbulkan satu perasaan ingin tahu dan menyebabkan seseorang itu ingin terus membaca. Take note tentang ini ya!

3. Satu warna

Satu warna je. Kalau banyak warna nampak macam menu kedai makan.”

Pemilihan warna pada resume juga melambangkan diri kita di mata recruiter. Pemilihan warna resume kerja yang caca marba pastinya akan menimbulkan rasa negatif pada recruiter. Pastikan job seeker memilih warna resume kerja yang nampak profesional dan bersesuaian. Jangan terlalu melebih-lebih. Boleh lihat contoh resume terbaik dan warna yang dipilih di atas. Nampak profesional dan serious, kan?

4. Gambar & Email Yang Profesional

Gambar pakai tie dan ada senyum juga. Email username tak merapu. Dia ada letak interest iaitu futsal. Kalau boleh letak passion lagi cun!”

Ini pun penting! Siapa kata gambar pada resume kerja tak penting? Daripada gambar pun boleh membantu recruiter mengenali personaliti korang tau. Mungkin daripada cara senyuman, cara posisi badan, kekemasan atau sebagainya.

Semoga perkongsian tentang contoh resume terbaik ini dapat membantu job seeker di luar sana dalam menghasilkan resume kerja yang baik pada masa akan datang. Untuk ketahui banyak lagi contoh atau tips tentang resume kerja, tips interview atau sebagainya, boleh teruskan membaca Blog MauKerja.

Haa contoh resume dah bagi, kerja je belum ada lagi? Korang jangan risau! Cari je kerja idaman korang di Maukerja sekarang!

Maukerja - Kerja Kosong Malaysia

Senarai Kerja Kosong Terkini 2019 di Kuala Lumpur, Selangor, Johor, Penang, Perak & negeri-negeri lain. Tawaran kerja kepada calon PMR, SPM, Diploma & Degree. Ikuti pautan Maukerja.my atau tekan butang media sosial di bawah untuk mencari kerja kosong.