Siakap Keli

HR Manager Ini Akan Reject Permohonan Kerja Korang Mentah-Mentah Sebab 10 Kesalahan Ini

Maukerja - Kerja Kosong Malaysia

Senarai Kerja Kosong Terkini 2019 di Kuala Lumpur, Selangor, Johor, Penang, Perak & negeri-negeri lain. Tawaran kerja kepada calon PMR, SPM, Diploma & Degree. Ikuti pautan Maukerja.my atau tekan butang media sosial di bawah untuk mencari kerja kosong.


Macam-macam ragam generasi muda zaman sekarang bila cuba nak mohon kerja melalui email, walaupun dah diajar berkali-kali masih ada lagi yang melakukan kesalahan sama, nak mohon kerja mesti kena cara tepat dan betul.

Rasanya kami dah kongsikan berkali-kali dah mengenai cara memohon kerja dengan betul, kali ini bukan perkongsian daripada kami sendiri malah daripada seorang HR Manager sendiri. Pengalamannya melihat jenis-jenis permohonan kerja melalui emel membuatkannya ingin berkongsikan sendiri kepada pemburu kerja tentang kesalahan-kesalahan yang perlu dielakkan.

Lepas baca perkongsian Ameirul Azraie ini tolong jangan ulang kesalahan yang sama!

10 KESALAHAN DALAM MENGHANTAR PERMOHONAN KERJA MELALUI EMEL YANG ANDA PERLU ELAKKAN

1. Menggunakan nama pada emel dan alamat emel yang tak profesional

2. Menghantar permohonan kerja kepada banyak syarikat penerima dalam satu permohonan. THIS IS A BIG NO-NO!

3. Tidak menulis apa-apa langsung di ruangan Subject emel… HR bukannya seorang Nujum Pak Belalang

4.  Elakkan menghantar dokumen dalam format word, jpeg dan sebagainya. Paling saya tak boleh terima, hantar attachments yang ada dalam Google drive

5. Nama fail yang merepek-repek

6.  Saiz fail yang terlalu besar.. Silap haribulan kena archive atau lagi teruk kena delete terus.

7. Menghantar terlalu banyak attachments

8. Menghantar permohonan kerja melalui emel yang di forward kan daripada permohonan kerja sebelumnya

9. Tidak menulis apa-apa di body emel

10. Emel surat iringan yang terlalu ringkas atau terlalu panjang

 

Maukerja - Kerja Kosong Malaysia

Senarai Kerja Kosong Terkini 2019 di Kuala Lumpur, Selangor, Johor, Penang, Perak & negeri-negeri lain. Tawaran kerja kepada calon PMR, SPM, Diploma & Degree. Ikuti pautan Maukerja.my atau tekan butang media sosial di bawah untuk mencari kerja kosong.