Siakap Keli

Dalam Tabung Ada Tangkal, Pemungut Derma Ditahan

Aktiviti permohonan sumbangan derma sering dilihat di kawasan sekitar Kuala Lumpur khususnya dengan tujuan yang berbeza seperti pembinaan surau mahupun penempatan bagi anak-anak yatim.

Niat ‘gerakan’ ini hanya satu, untuk membantu membiayai kos penubuhan yang ditetapkan.

Walau bagaimanapun, ada juga segelintir pihak yang mengambil kesempatan ke atas sumbangan tersebut dan menggunakannya di luar objektif pengutipan.

Terbaru, melalui akaun Twitter 999 Malaysia, gambar seorang remaja ditahan sedang memungut derma dan didakwa menggunakan tangkal bagi ‘menarik’ orang ramai untuk menderma.

Perkara seperti sekali gus mengubah perspektif orang ramai apabila timbul keraguan dalam bersedekah.

Nur Farra