Siakap Keli

Singapura Bakal Haramkan Penjualan ‘Android Box’, Dakwa Langgar Hak Cipta

Undang-undang baru mengharamkan jualan ‘Androdi Box’ yang biasanya digunakan untuk aktiviti ‘strim’ kandungan dari sumber yang tidak dibenarkan adalah antara perubahan yang dicadangkan kepada Akta Hak Cipta, kata Kementerian Undang-undang Singapura.

Pada hari Khamis (17 Jan), kementerian itu mengeluarkan laporan yang menggariskan perubahan yang dicadangkan selepas kemuncak kajian dan perundingan selama tiga tahun dengan orang ramai.

Ia mencadangkan bahawa langkah-langkah penguatkuasaan baru disediakan kepada pemilik hak cipta untuk menghalang peruncit dan penyedia perkhidmatan daripada memanfaatkan menyediakan akses kepada kandungan dari sumber yang tidak dibenarkan seperti melalui penjualan android box yang membolehkan akses tersebut.

“Langkah ini dibuat bagi menjelaskan bahawa perbuatan seperti import dan penjualan peranti sedemikian adalah dilarang,” kata kementerian itu.

Januari lepas, dua jenama TV Android, An-Nahl dan Synnex Trading, didakwa dengan ‘sengaja melanggar’ hak cipta empat syarikat; telekos StarHub dan Singtel, Fox Networks Group dan The Football Association Premier League.

Sumber: Channel News Asia

Nur Farra