Siakap Keli
Gambar Hiasan

Bakal Menimang Cahaya Mata? Ini Anggaran Kos Menjaga Anak Anda Yang Bakal Lahir Nanti

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Mendirikan rumah tangga dan memiliki anak adalah anugerah terindah buat mana-mana manusia yang bergelar pasangan suami isteri yang sah. Pengalaman menjadi ibu atau ayah buat kali pertama, akan sentiasa dikenang sampai bila-bila.

Pelbagai persediaan dibuat sejak anak masih di dalam kandungan lagi. Pakaian, nama dan sebagainya sudah menjadi topik yang sering dibualkan antara siibu dan siayah.

Tetapi, berapa ramaikah yang memikirkan persediaan ketika mahu menimang cahaya mata dan usaha untuk membesarkan mereka kelak? Tak ramai kan?

Jadi, kali ini kami mahu berkongsi dengan anda tips kewangan dan beberapa perkara yang perlu anda tahu terutamanya soal kos untuk menjaga anak yang bakal lahir nanti yang dikongsikan oleh Tok Penghulu daripada Gilahartanah.com.

Persediaan selepas kahwin:

Berapakah kos menjaga anak anda yang bakal lahir nanti?

1. Sesi pemeriksaan isteri tengah hamil

Biasanya, ibu yang sedang hamil akan perlukan sesi check-up sebulan sekali. Dan ini akan berubah kepada 2 minggu sekali, bermula minggu ke-36 dan seterusnya. Kalau buat check-up kat hospital swasta Malaysia, ia menelan belanja sebanyak RM200 setiap lawatan.

Jadi, kalau kita campurkan segala kos ini hingga minggu ke-40, kita akan perlukan belanja sebanyak RM2,400 untuk sesi ini.

Tok sertakan cara kiraan kat bawah ini supaya korang lebih jelas:

Kiraan setiap bulan sebelum minggu ke-36:

RM200 X 9 bulan = RM1,800.

Ini pula kiraan untuk minggu ke-37 dan seterusnya:

Check-up 2 kali sebulan (hingga tiba masa beranak):

RM200 X 3 minggu = RM600

Jadi, total perbelanjaan adalah RM2,400 (RM1,800 + RM600).

2. Tiba masa melahirkan bayi anda yang comel

Menurut satu kajian yang Babycenter jalankan, 41% rakyat Malaysia memilih untuk melahirkan anak kat klinik, hospital, atau pusat bersalin swasta.

Kalau korang tergolong dalam kategori yang sama, kos delivery ini boleh telan belanja sekurang-kurangnya RM5,800, termasuk kos duduk kat hospital untuk ibu dan bayi.

Nota tambahan: Ini kos anggaran klinik, hospital, atau pusat bersalin sekitar kawasan Lembah Klang.

Dan kalau nak buat delivery cara Caesarean (kaedah delivery melalui pembedahan), ia pula boleh menelan belanja sekitar RM17,000, atau mungkin lebih lagi.

3. Kos rawatan perubatan untuk si comel anda

Bayi korang yang baru lahir itu akan perlukan pemeriksaan secara berkala, serta suntikan imunisasi pada tahun pertama. Jadi, sediakan duit untuk tanggung kos ini seawal mungkin.

Ia bermula daripada suntikan BCG seawal kelahiran. Kemudian, suntikan susulan adalah untuk elakkan demam campak, beguk, dan akhir sekali, suntikan vaksin rubella (MMR) pada bulan ke-12.

Secara purata, lawatan untuk buat perkara ini berharga antara RM70 hingga RM150 untuk setiap kali lawatan. Dan ini adalah harga rata-rata klinik pediatrik kanak-kanak swasta.

Jadi, kos anggaran untuk perkara ini adalah sekitar RM2,250.

Kalau bayi korang senang berjangkit penyakit selsema, bersedia untuk belanjakan kira-kira RM100 untuk setiap sesi lawatan doktor. Ya, sesi ini berserta kos ubat tak murah.

4. Kos penjagaan anak

Hasil kajian Babycenter mendapati lebih 80% ibu bapa kat Malaysia bergantung perkara ni kat ibu bapa mereka, 41% pula kat saudara-mara, dan 40% akan menggajikan pengasuh atau babysitter.

Bagi mereka yang ada orang tua, sila bersyukur. Sebab boleh tinggalkan anak dengan hati yang tenang kat ibu bapa korang. Untuk yang takda kelebihan ni, Tok sediakan anggaran kos yg korg perlu tanggung.

Kos pengasuh, atau babysitter:

Sekitar RM12,000 (atau lebih) untuk tempoh 1 tahun. Ini adalah harga anggaran untuk kawasan sekitar Lembah Klang.

Kos perkhidmatan pembantu rumah:

Korg boleh jadikan perkara ini pilihan ke-2. Cuma, ia menelan belanja yang agak mahal, sebab ada agensi yang perlukan bayaran pendahuluan sebanyak RM14,000. Ini tak termasuk gaji bulanan (sekitar RM700 sebulan) untuk pembantu rumah.

Boleh menelan belanja sebanyak RM22,400 untuk tahun pertama (ini tak termasuk kos makan dan tempat tinggal pembantu rumah lagi).

Nota tambahan: Sebelum gunakan khidmat ini, pastikan korang kaji dulu latar belakang mereka dalam-sama.

5. Lain-lain keperluan

Kereta bayi (stroller) dan carseat

Tok nasihatkan korang untuk beli stroller yang berkualiti, supaya ia boleh dipakai untuk tempoh lebih daripada 2 tahun. Biasanya, ia akan menelan kos sebanyak RM1,299 untuk sebuah stroller yang ada kualiti.

Dan bila bayi korang dah membesar (dan bergantung pada berat semasa bayi), korang kena beli tempat duduk kereta (carseat) yang berasingan.

Sediakan sekitar RM300 untuk perkara ini. Jadi, kos keseluruhan akan menjadi RM1,599.

Perabot untuk si comel anda.

Si comel korang akan perlukan pelbagai jenis perabot, seperti:

1. Katil bayi,
2. Kerangkeng (tempat kurungan bayi)
3. Meja makan bayi,
4. Baby walker atau Jumperoo.

Kalau nak kurangkan kos ni, korang boleh beli kat kedai barangan terpakai atau dapatkan daripada saudara-mara yang dah tak pakai barangan ni.

Anggaran untuk semua barangan ini adalah sekitar RM1,000 ke atas.

Nota tambahan: Ini adalah kos kalau korang nak beli barang yang baru. Tapi, Tok tak galakkan tau. Baik lagi korang beli yang dah terpakai. Lagi banyak korang boleh berjimat.

Makanan bayi:

i) Susu ibu.

Ini adalah makanan bayi yang Tok sendiri anjurkan, sebab ada banyak kelebihan dan kebaikan berbanding susu formula. Bahkan, surah Al-Baqarah (ayat 233) ada jelaskan keperluan susu ibu untuk bayi genap 2 tahun. Dah banyak kajian saintifik yang buktikan susu badan ibu sangat baik.

Dan sebagai persediaan, korang boleh pelan untuk dapatkan pam payudara. Sebagai contoh, korang boleh tengok pam Tommee Tippee elektronik kat Lazada, dan ia berharga sekitar RM650 sebuah (sebelum diskaun).

ii) Susu formula yang dirumus khas untuk bayi:

Susu tepung formula ada pelbagai peringkat harga yang berbeza, dan ia bergantung kat jenama dan peringkat umur bayi. Susu untuk bayi baru lahir lebih mahal berbanding susu untuk peringkat umur yang lain. Senang cerita, bila umur anak lebih besar, kos susu tepung formula ini akan berkurang.

iii) Makanan pejal

Bila bayi dah berusia 6 bulan ke atas, korang boleh mula bagi makan makanan pejal seperti bubur, makanan puri, atau bijirin bayi. Ia boleh menelan belanja sekitar RM100 sebulan.

Jadi, kos untuk perkara ini pada tahun pertama boleh jadi sekitar RM600.

Kos lampin anak.

Lampin yang berjenama biasa berharga sekitar RM30 untuk setiap pek. Bilangan lampin dalam pek pula bergantung kat saiz lampin yang bayi korg pakai. Dan lampin jenama premium pula boleh menelan kos kira-kira RM50 setiap pek.

Sumber: Tok Penghulu

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.