Siakap Keli

“Tiada Coretan Dapat Diungkap, Melainkan Syukur Pada-Mu,” Kembara 2 Bulan 3 ‘Rider Otai’ Ke Mekah Melalui 8 Negara Sejauh 14,000KM Akhirnya Tercapai

Pengembaraan 3 sahabat dari Kelantan menunggang motorsikal untuk menunaikan umrah akhirnya berakhir.

Ketiga-tiga mereka berjaya sampai di Madinah pada Sabtu, 19 Januari jam 4.30 petang waktu Saudi menerusi catatan Facebook Gi Mekoh Nga Mutor.

Perjalanan sejauh 14,000 kilometer itu dibuat selama lebih 2 bulan melalui 8 buah negara bermula pada November lalu.

Facebook tersebut mencatat perjalanan mereka setiap hari dengan pelbagai cabaran sehingga terlibat dalam kemalangan  sebelum sampai ke destinasi yang ingin dituju, ‘Rumah Allah’.

Diketuai oleh Diami Yusoff, 58 tahun sebagai presiden Chopper Garage Kelantan, dua lagi merupakan komuniti Bikers Kelantan dan mekanik Wali 7 Bikers iaitu Mohd Zalani Zulkifli, 64 tahun dan Mohamad Fadhli Ab Rashid, 40 tahun.

Menaiki motosikal dibawah kuasa 150 cc, rancangan perjalanan itu telah dibuat setahun yang lalu.

Tiada apa yang lagi gembira.  Sebaik misi itu berjaya dilaksanakan, ketiga-tiga mereka memanjat kesyukuran tak terhingga, akhirnya perjalanan 60 hari itu tiba di penghujungnya.

Sumber: Facebook Gi Mekoh Nga Mutor

Nur Farra