Siakap Keli
Gambar : Bernama

Arus Kuat Kekang Usaha Tarik Keluar SUV Terhumban Ke Laut

George Town : Kerja-kerja untuk menaikkan kenderaan utiliti sukan (SUV) yang terhumban ke laut dari Jambatan Pulau Pinang Ahad lepas masih belum dapat dijalankan setakat pukul 12  tengah hari ini berikutan keadaan arus di dasar laut yang deras.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, ACP Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid hari ini berkata keadaan arus demikian boleh membahayakan kumpulan penyelam yang terlibat dalam operasi yang bermula sejak lokasi SUV jenama Mazda CX-5 itu dijumpai semalam.

”Keadaan itu akan membahayakan penyelam untuk mengikat tali kabel pada kereta itu sebelum boleh diangkat keluar dari laut menggunakan kren,” katanya ketika ditemui sumber di lokasi kejadian di Kilometer 4 jambatan itu.

Sebelum ini Komander Pasukan Polis Marin Wilayah 1, ACP Rosman Ismail berkata seramai 40 orang penyelam daripada empat agensi memulakan penyelaman hari ini untuk memasang kabel pada kenderaan yang masih berada di bawah paras laut itu.

Kereta Mazda CX-5 itu dikatakan telah dipandu oleh Moey Yun Peng, 20, seorang penuntut kolej swasta di sini yang gagal mengawal kenderaan itu menyebabkannya terhumban ke laut setelah berlanggar dengan sebuah Toyota Vios di jambatan berkenaan.

Sumber : Bernama

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.