Siakap Keli
Gambar Hiasan

Batuk Tak Lega, ‘Laryngopharyngeal Reflux’ Menghantui Hidup Anda

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Jangan ambil mudah jika kita terkena jangkitan atau penyakit yang dikira biasa seperti batuk, selsema dan demam. Terus berjumpa doktor atau pergi ke klinik yang terdekat untuk rawatan selanjutnya. Cara pemakanan kita juga sangat penting memandangkan sekarang banyak makanan yang ‘viral’ dan ramai diantara kita yang gemar untuk cuba makanan baharu padahal ianya tidak sihat dan mengundang beberapa penyakit.

Ini adalah cerita daripada seorang doktor yang merawat pesakitnya batuk berpanjangan dan sukar untuk lega serta pesakitnya tidak menjaga diet pemakanan seharian.

Baru-baru ini, ada pesakit datang jumpa saya mengadu batuk berpanjangan, rasa tak selesa dan kadang itu rasa sampai sakit dada sebab lama sangat batuk. Ujian saringan TB semua negatif.

Apabila ditanya lagi, rupa-rupanya pesakit ini memang ada sejarah penyakit gastritis, orang kita selalu sebut gastrik. Tak ada follow up yang regular dengan doktor. Ubat untuk sakit ini pun tak ada makan. Makan pun tak ada pantang.

Maksud saya pantang ini bukanlah pantang yang bukan-bukan. Maknanya cuba elakkan makanan pedas, makanan berminyak pun kurangkan. Semua ini pun bagus untuk elakkan kolesterol meninggi dalam badan.

Pendek kata, makan makanan yang sihat!

Saya periksa tekak pesakit saya ini. Nampak normal. Biasa-biasa saja. Saya lihat juga telinga dan hidungnya. Juga tak ada yang abnormal.

Seperti biasa, untuk kes-kes macam ini, saya akan jalankan dengan pemeriksaan skop atau ujian memasukkan tiub kamera kecil ke dalam hidung pesakit.

Daripada endoskop ini saya akan melihat struktur dalam hidung pesakit, bahagian nasofarinks, orofarinks dan sampai ke kawasan peti suara.

Kita boleh melihat pergerakan vocal cord, iaitu peti suara yang membolehkan kita menghasilkan suara.

Ya, bahagian arytenoid dan kawasan sekitar kawasan ini nampak kemerahan. Ada tanda-tanda refluks asid ke bahagian atas dan mengakibatkan masalah ini berlaku.

Kita sebut sebagai ‘laryngopharyngeal reflux’.

Pesakit boleh mengalami gejala seperti tidak selesa di bahagian dada, tekak dan ada yang turut mengalami masalah nak menelan makanan. Akibatnya, ada pesakit yang boleh mengadu alami batuk-batuk juga.

Pemeriksaan dengan doktor perlu. Sebab anda boleh dibantu.

Setiap masalah dan penyakit ada punca. Dan inshaAllah ada ubatnya.

 

Sumber : Dr Ezairy M.Sallih.

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang