Siakap Keli
Gambar Hiasan

Memang Comel Hias Kepala Anak Dengan “Headband”, Tetapi Ramai Tak Tahu Pernah Ada Kes Bayi Mati Terjerut

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Persiapan menjadi ibu dan bapa bukan hanya menyediakan kelengkapannya sahaja malah mereka perlu mempersiapkan diri dengan pelbagai ilmu untuk menjaga bayi yang bakal lahir.

Kalau kita lihat ramai ibu bapa kini yang memakai anaknya dengan “headband”. Walaupun niat hanya untuk mencomelkan lagi si bayi tetapi tanpa anda sedar ia mendatangkan bahaya kepada si kecil anda. Taufiq Razif ada berkongsi pengalamannya berhadapan dengan situasi ini.

Bahaya betul!
Baru ni isteri saya ada belikan headband ni untuk Aesha Soolihah yang baru je nak masuk umur 6 bulan.

Saje dia beli untuk hias kepala anak. Tapi saya tahu, benda ni nampak je comel tapi boleh jadi alat pembunuh kalau tak dipantau.

Jadi saya sengaja pantau dari dekat si Aesha Soolihah yang tengah pakai headband tu. Saya perhati je anak saya yang tengah baring kat katil tu.

Tiba-tiba, mungkin kerana kepanasan dia pun capai rambutnya untuk digaru dan digosok gosok. Dalam hati saya kata ” Eh bahaya ni!”.

Dan memang apa yang saya rasakan tu jadi kenyataan. Ketika anak saya ni garu garu rambutnya, dia tertarik sekali headbandnya ke bawah dan headband di kepala tu terus jatuh ke bahagian leher dan terus menjerut lehernya!

Fuh!

Sumber Facebook: Taufiq Razif

Bayangkan apa yang jadi kalau saya takde ilmu tentang bahaya headband ni? Saya ambil gambar ni sebab saya nak tunjuk kat mak ayah semua tolong la berhati hati dengan headband ni. Memang dah ada kes bayi yang meninggal terjerut headband pun sebelum ni.

Kepada mak ayah semua, tolong sebarkan benda ni pada mak ayah yang belum tahu ye.

p/s : ni lah antara sebab saya suka kongsi ilmu parenting di telegram saya. Ilmu parenting yang nampak remeh pun boleh selamatkan nyawa anak kita insyaAllah. Klik link ni untuk join belajar ilmu parenting setiap hari ye 👉 t.me/NotaTaufiqRazif

Seeloknya ibu bapa di luar sana janganlah pakaikan anak anda dengan “headband” kerana bimbang terjadi sesuatu yang tidak diinginin kepada bayi anda.

Sumber: Taufiq Razif 

marlya syafikah