Siakap Keli

”Tergamak Buang Mayat Abang Aku Dalam Lombong, Kami Sekeluarga Takkan Maafkan” Abang Maut Disamun, Adik Luah Rasa Terkilan

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Penemuan mayat seorang lelaki yang ditemui terapung dalam kolam ikan di Ipoh tengahari semalam mencetuskan tanda tanya ramai mengenai motif sebenar kematian mangsa.

Lelaki berkenaan yang dipercayai menjadi mangsa bunuh ditemui dengan kesan jerutan pada leher serta cedera di beberapa bahagian badan. Mangsa sebelum itu didakwa keluar memancing sehari sebelumnya dan tidak pulang ke rumah.

Bapanya yang menyedari perkara tersebut cuba mencari mangsa dengan bantuan pihak polis di kawasan memancing tersebut. Memilukan apabila mayat mangsa kemudiannya dijumpai dalam kolam berdekatan semak dengan kaki terapung.

Susulan itu, adik mangsa, Sahirman Roslan tampil meluahkan rasa terkilan dengan apa yang berlaku. Mereka sekeluarga tidak akan memaafkan pelaku yang tergamak membuang mayat abangnya di dalam kolam. Al-fatihah kepada mangsa.

Dia disamun masa memancing di lombong semalam.

Kemudian bergelut or bergaduh, pastu diorang buang mayat abang aku dalam lombong. Mayatnya baru jumpa tengah hari tadi. Kami sekeluarga takkan maafkan orang yang punya angkara. Al-Fatihah untuk abang aku Muhd Azizul Bin Roslan.

Dia memancing sorang, yang jadikan kes samun sebab dompet handphone hilang. Dan barang pancing dia berterabur. Selipar jauh dari mayat yang menunjukkan dia bergelut.

Joran dia patah 4. Nampak macam dia cuba pertahankan diri. Kemungkinan dia mati di darat, dan diorang letak dalam air.

Terima kasih yang mendoakan. Maaf aku tak dapat nak balas satu-satu. Kita doa agar abang saya ditempatkan di kalangan orang beriman. Dan semoga pelaku itu dapat diberkas secepat mungkin.

Sumber : Sahirman Roslan

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.