Siakap Keli

(Video) Misteri ‘Pokok Petai Menangis’ Gemparkan Penduduk Kota Bharu Setiap Malam

Sebatang pokok petai yang didakwa merembeskan ‘tangisan’ seakan air mata menggemparkan penduduk di Kampung Petani, Sering, Kota Bharu.

Pokok yang terletak dihadapan salah seorang penduduk tempatan menjadi tumpuan orang ramai setelah beberapa minggu mengeluarkan air sebaik menjelang malam.

Kejadian misteri itu menarik puluhan orang ramai untuk menyaksikan fenomena ‘pokok menangis’ itu secara lebih dekat.

Tidak tahu dimana datangnya air yang merembes keluar daripada pokok tersebut, orang ramai mengambil peluang menadah air dari daun petai itu yang didakwa mempunyai khasiat bagi menyembuhkan penyakit.

Sumber: Facebook Azizi Abdullah

Nur Farra