Siakap Keli

“Jika Ada ‘Mak Nyah’ Pukul Wanita, Kita Kena Anggap Lelaki Pukul Wanita” – Mufti Perlis

Beberapa hari lalu, video seorang ahli farmasi didakwa telah diserang beberapa individu ketika sedang bekerja tular di media sosial sekali gus mendapat perhatian orang ramai.

Kejadian menunjukkan salah seorang daripada individu yang menyerang menarik tangan jurujual itu untuk keluar daripada premis dan bertindak menamparnya.

Hal ini turut mendapat perhatian Mufti Perlis, Prof. Dato’ Dr. Mohd Asri Zainul Abidin, melalui perkongsian Facebook miliknya yang menjelaskan isu ini dalam mengiktiraf ‘gelaran’ yang digunakan untuk individu yang menyerang.

Jika ada ‘maknyah’ memukul wanita, kita hendaklah menganggap lelaki memukul wanita. Hanya dua jantina yang diiktiraf. Tiada yang ketiga. Agama mengharamkan jantina bid’ah yang dinamakan ‘maknyah’ atau ‘saudarai’ atau apa sahaja namanya.

Jika dibenarkan golongan ini wujud berleluasa, nanti atas nama jantina palsu tersebut, maka ramai lelaki boleh mengambil kesempatan menzalimi wanita. Masyarakat pula tidak akan sensitif apabila melihat maknyah menzalimi wanita seperti sensitifnya mereka apabila mereka melihat lelaki memukul wanita. Masyarakat hanya akan kata ‘maknyah’ pukul perempuan.

Padahal hakikatnya lelaki memukul perempuan. Memperagakan pakaian perempuan dan bergaya seperti perempuan tidak mengubah hakikat mereka itu lelaki!! 

Jika kita tidak menangani kelompok songsang ini, banyak hak wanita bahkan hak lelaki yang akan dicerobohi.

Maka, jika melihat maknyah memukul perempuan bertindaklah seperti mana kita melihat lelaki memukul perempuan. Jangan dikelirukan oleh penampilan yang palsu.

Nur Farra