Siakap Keli

Kasih Ayah, Sanggup Terjun Sungai Gigit Kaki Buaya Selamatkan Anak Daripada Terus Dibaham

Kerana kasihkan anak, seorang lelaki sanggup membahayakan diri apabila sanggup menggigit kaki seekor buaya bagi menyelamatkan anaknya yang ketika itu ditarik oleh pemangsa ganas ke dalam air, dalam kejadian yang berlaku di Filipina.

Deigo Abulhassan, 12, pada mulanya meluangkan masa untuk mandi-manda di sebatang sungai bersama-sama dengan adik perempuannya di Balabac, Palawan. Bagaimanapun, seeokor buaya yang datang secara tiba-tiba kemudian menggigitnya dan menarik masuk ke dalam air.

Mendengar jeritan meminta tolong daripada Deigo, kemudian si ayah, Tejada Abulhassan, bergegas dari rumahnya yang terletak berdekatan sungai sebelum terjun ke dalam sungai untuk menyelamatkan Deigo. Ketika itu, Tejada hanya membawa sekeping papan sebagai senjata.

Tejada cuba menyerang buaya itu beberapa kali dengan harapan Deigo dilepaskan namun tiada respon daripada reptilia itu.

Dalam keadaan terdesak, Tejada membuktikan kasih sayang seorang ayah mengatasi segala-galanya apabila bertindak menyerang buaya itu kembali dengan menggigit bahagian kaki haiwan tersebut beberapa kali.

Ajaibnya, buaya tersebut yang mungkin merasa terancam kemudian melepaskan gigitannya pada Deigo dan berundur ke kawasan lebih dalam dan keruh. Deigo segera dibawa ke hospital untuk menerima rawatan.

Menceritakan kisah tersebut kepada polis, Tejada memberitahu dia tidak teragak-agak untuk terjun ke dalam sungai dan berhadapan dengan buaya tersebut bagi menyelamatkan anaknya sendiri.

”Saya terdesak, tiada masa untuk berfikir. Saya memukul buaya itu tetapi haiwan itu tetap tidak mahu melepaskan Deigo. Ketika itu saya nekad untuk menyerang haiwan itu dan kami bertentangan mata.

”Saya mendapat idea untuk mencapai dan menggigit kaki haiwan itu seperti anjing sehinggalah buaya itu melepaskan Deigo,” kata Tejada seperti dilaporkan oleh Dailymail.

Deigo ditahan selema dua hari di hopsital setelah mendapat kecederaan luka termasuklah pada bahagian muka, namun tidak serius.

”Mujurlah, dengan tindakan berani daripada ayahnya bukan sahaja menyelamatkan Deigo daripada lemas malah turut menyelamatkannya daripada dibaham buaya. Bagaimanapun mangsa mengalami luka-luka.

”Sisatan kami mendapatai ketika dua beradik ini sedang mandi, buaya berkenaan menyerang si abang daripada belakang dan menggigit pada beberapa bahagian badan termasuklah bahagian muka dan perut.

”Si adik sempat melarikan diri dan pulang ke rumah untuk memaklumkan kepada si ayah, Tejada tentang apa yang berlaku.

”Tejada bergegas ke sungai, menyerang haiwan ganas itu dengan papan dan menggigit kakinya beberapa kali sehinggalah Deigo dilepaskan,” kata jurucakap polis.

Sumber: Dailymail

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.