Siakap Keli
Gambar Hiasan

(Video) Indeks Persepsi Rasuah 2018, Denmark Paling Bersih Dan Somalia Paling Teruk

Indeks Persespi Rasuah (CPI) 2018 yang diterbitkan oleh Transparency International baru-baru ini meletakkan Denmark di tangga pertama sebagai negara paling bersih selepas memperoleh skor 88. Manakala Somalia sebagai negara paling teruk dengan skor 10 mata di tangga ke-180.

Manakala Malaysia diletakkan di tangga ke-61 dunia, berkongsi tempat dengan Cuba dan Romania setelah memperoleh skor sebanyak 47 mata. Malaysia menunjukkan penurunan skor sejak tahun 2015.

Negara jiran, Singapura menjadi negara Asia dan Asia Tenggara dengan rekod persepsi rasuah paling bersih iaitu berada di tangga ketiga setelah memperoleh skor sebanyak 85. Singapura berkongsi kedudukan dengan Finland, Sweden dan Swizerland.

Selain Singapura, dua lagi negara yang mengisi posisi 3 terbaik Asia pula adalah Hong Kong yang berada di tangga 14 dengan skor 76 mata dan Jepun di tangga ke-18 dengan skor 73 mata.

Manakala, Brunei Darussalam pula mengisi kedudukan kedua terbaik Asia Tenggara pada kedudukan 31 dunia selepas memperoleh skor sebanyak 63 mata. Brunei berada di belakang Singapura tetapi mengatasi kedudukan Malaysia.

CPI 2018 mengeluarkan laporan melibatkan 180 buah negara dengan skor penilaian antara 0 sehingga 100. 0 adalah paling teruk dan 100 adalah paling bersih. Sebanyak 2/3 daripada 100 buah negara mendapat skor dibawah 50 mata dengan purata sebanyak 43 mata.

Rekod buruk ini menyaksikan banyak negara masih gagal untuk menangani persepsi rasuah yang turut memberi kesan kepada sistem demokrasi sesebuah negara.

13 tinjaun yang dibuat pakar mengukur tahap keseriusan amalan rasuah yang berlakau dalam sektor awam sesebuah negara untuk mendapatkan skor keseluruhan.

[youtube https://www.youtube.com/watch?v=OXApeTYRYNQ]

 

Sumber: Transparency International

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.