Siakap Keli

Paltform Media Sosial Dihujani Mesej ‘Daulat Tuanku’

Kuala Lumpur : Pemasyhuran Yang di-Pertuan Agong ke-16 hari ini mendapat pelbagai reaksi menarik dari segenap lapisan masyarakat termasuk anggota barisan kabinet sehinggalah ke warga netizen, menggunakan pelbagai platform media sosial yang ada.

Platform seperti Facebook, Instagram dan Twitter dihujani mesej dan gambar mengucapkan penghargaan dan kapsyen kegembiraan rakyat menerima kehadiran Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Almarhum Sultan Iskandar.

Perjalanan istiadat pemasyhuran itu yang disiarkan secara langsung oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM) melalui TV1 selain ciapan secara langsung dari Twitter dan Facebook Bernama dan media tempatan lain menjadi platform untuk medan netizen mendapatkan perkembangan terkini.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah antara barisan menteri kabinet yang menggunakan platform Twitter masing-masing untuk mengucapkan “Daulat Tuanku Merafak Sembah Setinggi-tinggi Tahniah”.

Turut mencuit perhatian adalah mesej dari Anggota Dewan Undangan Negeri (DUN) Ketari, Young Syefura Othman ; “Pemerintahan Tuanku di Negeri Pahang yang tidak berbelah bahagi dan begitu dekat dengan rakyat tentunya akan dirasai kehilangannya. Selamat berangkat ke Istana Negara. Selamat bertakhta. Daulat Tuanku.”

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Pembangunan Luar Bandar dan Kesihatan Pulau Pinang, Dr. Afif Bahardin pula mengucapkan penghargaan berbentuk pantun; “Dari Benta ke Tanjung Dumba, Singgah makan di Kampung Tebat, Dengan Bismillah sembah dimula, Pahang berdaulat, Malaysia berkat. Daulat Tuanku!

Orang awam juga meninggalkan komen dan mesej keterujaan antaranya ; Hidayah Annual melalui ciapan Twitternya; “Watch the whole istiadat today and I love the way Sultan Abdullah look at Tunku Azizah and the way His Majesty responded to everything said to him throughout the ceremony plus, what a beautiful Permaisuri Agong we have now Daulat Tuanku!

Manakaka ciapan Azrol dari akaun Twitternya @azrolmn pula berbunyi : “Raja dan rakyat berpisah tiada, Masalah rakyat dikongsi bersama; Rakyat mengangkat Institusi Diraja, Raja dan rakyat rasa bahagia. Daulat Tuanku.”

Sultan Abdullah hari ini melafaz sumpah memegang jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16. Turut melafaz sumpah memegang jawatan ialah Sultan Perak Sultan Nazrin Shah sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong.

Baginda berdua dipilih oleh Raja-Raja Melayu pada Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-251 (Khas) di Istana Negara pada 24 Jan lepas, bagi tempoh lima tahun bermula hari ini.

Sumber : Bernama

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.