Siakap Keli

Tukar Kerja 4 Kali Dalam Masa 6 Tahun, Wanita Ini Jelaskan Kelebihan ‘Lompat Kerja’

Maukerja - Kerja Kosong Malaysia

Senarai Kerja Kosong Terkini 2019 di Kuala Lumpur, Selangor, Johor, Penang, Perak & negeri-negeri lain. Tawaran kerja kepada calon PMR, SPM, Diploma & Degree. Ikuti pautan Maukerja.my atau tekan butang media sosial di bawah untuk mencari kerja kosong.


Rata-rata majikan akan memberikan persepsi negatif terhadap mereka yang seringkali bertukar-tukar pekerjaan. Bagi mereka, individu sebegitu dianggap tidak boleh komited terhadap kerjanya sekiranya menghadapi sebarang masalah. Sekiranya individu ini diambil bekerja, mereka yakin yang pekerja tersebut takkan kekal lama di syarikat mereka. Ini akan memberikan kesukaran kepada mereka kerana terpaksa melalui proses pengambilan pekerja semula.

Berbeza dengan wanita ini, Erin Low, dia menganggap ‘lompat kerja’ sebagai satu kelebihan untuknya memperoleh gaji yang dua kali ganda lebih tinggi berbanding sebelumnya sekaligus mengembangkan lagi kerjayanya. Dalam masa 6 tahun je, dah 4 kali dia bertukar pekerjaan.

Jom ikuti perkongsian menarik kepada team Maukerja ni.

”Dalam masa 6 tahun setelah saya tamatkan pengajian, saya telah 4 kali bertukar kerja. Ini secara tak langsung menjadikan saya sebagai orang yang sering ‘lompat kerja.’ Bagi sesetengah individu, mereka berpendapat bahawa sekiranya seseorang itu ‘lompat kerja,’ sumbangan mereka di sesebuah syarikat itu tak dapat dihargai kerana mereka cuma dapat kekal di situ dalam tempoh yang singkat. Agak sukar nak berikan pengiktirafan.

Kajian pun ada membuktikan yang 18% generasi masa kini di Amerika yang sering ‘lompat kerja’ setiap satu hingga tahun berbanding 42% daripada umur 18 tahun hingga 29 tahun. Dunia perniagaan sekarang ni dah tak sama macam dulu lagi. Melihatkan akan kajian yang dibuat, sudah jelas membuktikan yang syarikat sukar untuk mengekalkan seorang pekerja yang betul-betul setia terhadap syarikat.” 

Kelebihan ‘Lompat Kerja’

”Selain dapat memiliki kerja yang menarik, dalam pada masa yang sama juga saya dapat meningkatkan skil, kemahiran serta gaji berbanding dengan sebelum ni! Daripada bergaji $23,000, gaji saya dinaikkan kepada $37,500 setelah bertukar kerja baru sebagai PR. Apabila saya bertukar kepada kerja lain, saya berjaya demand gaji sehingga  $50,000, di mana syarikat sebelum ini tak dapat menunaikan permintaan saya. Betullah, kalau berunding dengan syarikat baru lebih senang berbanding dengan syarikat lama.”

Kalau dulu mungkin majikan ‘takut’ nak ambil pekerja yang sering bertukar-tukar kerja dalam satu-satu masa. Tapi berdasarkan pengalaman yang diceritakan tadi, rasanya ramai majikan yang sudah mula menerima mereka yang ‘lompat kerja’ atas dasar untuk mengembangkan karier dan kemahiran-kemahiran lain. Jadi jangan takut untuk bertukar kerja sekiranya korang rasa pekerjaan yang baru tu boleh beri kemajuan yang positif untuk diri korang.

 

Maukerja - Kerja Kosong Malaysia

Senarai Kerja Kosong Terkini 2019 di Kuala Lumpur, Selangor, Johor, Penang, Perak & negeri-negeri lain. Tawaran kerja kepada calon PMR, SPM, Diploma & Degree. Ikuti pautan Maukerja.my atau tekan butang media sosial di bawah untuk mencari kerja kosong.