Siakap Keli

“Dia Cakap Ada Kerja, Dia Minta Saya Tunggu,” 10 Tahun Berlalu, Lelaki Masih Setia Menanti Anak Perempuannya Tepi Jalan Tempat Dia Ditinggalkan

Beberapa hari lalu, gambar seorang lelaki menunggu di sebuah tembok jalan di Thailand mendapat perhatian orang ramai.

Gambar yang dikongsi oleh Poramet Misomphop melalui Facebook miliknya berserta catatan yang menyentuh hati sesiapa sahaja yang membacanya.

Kalau kau masih hidup, tahukah kau lelaki yang kau tinggalkan beberapa tahun lalu hampir separuh gila menunggu kau setiap hari selama 10 tahun ini.

Setiap petang dia akan menunggu disisi tepi jalan melihat kereta yang lalu-lalang dengan harapan akan ada seseorang yang berhenti dan membawanya pulang.  Tapi hakikatnya, selama 10 tahun ini, tiada siapa yang peduli.

Perasaan ingin tahu membuatkan saya bertanya kepada makcik kedai makan berhampiran apa yang sebenarnya telah berlaku kepada lelaki yang sedang duduk tepi jalan seperti menunggun sesuatu.

Dengan nada perlahan, makcik itu bercerita.

“Seingat saya 10 tahun lalu, ada sebuah kereta memarkir keretanya di hadapan kedai ini.  Seorang perempuan berjalan keluar daripada kereta dan membawa lelaki itu keluar sambil bercakap beberapa perkara yang saya tak jelas.

“Tak lama selepas itu, kereta tersebut berlalu pergi.  Selama itu saya tidak berminat untuk mengambil tahu apa sebenarnya yang berlaku kepadanya.  Sampailah pada satu tahap, saya perasan setiap hari tanpa jemu dia akan menunggu di tempat yang sama dia ditinggalkan.

“Saya bertanya kepadanya apa yang telah berlaku?”

Dia memberitahu, anaknya keluar atas urusan perniagaan dan memintanya untuk tunggu sehingga segalanya selesai.

“Anak saya ada kerja. Dia minta saya tunggu dia di sini.”

Namun penantian itu telah 10 tahun lamanya.  Sehingga kini tiada siapa yang berhenti dan dia juga tanpa jemu menunggu kedatangan anak perempuannya.

Sejak hari itu, makcik tersebut akan membekalkan lelaki itu dengan makanan dan sering kali bertanya dari mana asal-usulnya tapi sekalipun tidak pernah dijawab.

Sumber: Poramet Misomphop

 

Iklan Jawatan Kosong Siakap Keli

Kami membuka jawatan kosong untuk posisi Penulis@admin page Siakap Keli, taraf pendidikan tidak kisah SPM,STPM, Diploma atau Ijazah, janji memenuhi kriteria dan peka tentang isu-isu semasa..jika berminat email ke [email protected] untuk temuduga

Nur Farra