Siakap Keli

”Hari Bahagia Bertukar Air Mata” Pengantin Terkilan, Katering ‘Buat Taik’, Tetamu Pulang Tanpa Makan

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Majlis perkahwinan yang berjalan lancar menjadi impian setiap raja sehari. Pendek kata, dari makanan yang disajikan kepada tetamu hingga lah ke persiapan pengantin, semuanya dititikberatkan. Tetapi lain pula hal yang berlaku kepada kedua mempelai ini apabila hari bahagia mereka bertukar menjadi air mata.

Manakan tidak, perkhidmatan katering yang dipilih tidak datang seperti yang dijanjikan. Datang pula, sewaktu majlis sedang berlangsung. Malah, memburukkan keadaan, pihak katering juga didakwa tidak menyediakan seperti apa yang dijanjikan di dalam pakej.

Perkara sebegini sepatutnya tidak terjadi. Berniagalah secara baik kerana pelanggan telah meletakkan kepercayaan kepada anda sebagai pihak yang menguruskan hari bahagia mereka, sekali seumur hidup. Ikuti luahan pengantin seperti di bawah.

Assalamualaikum wbt.

Sebelum tu, sy nak clearkan bahawa posting yang akan sy buat selepas ini, bukan bertujuan untuk menutup periuk nasi katering tersebut. Tetapi sy nak beri pengajaran pada team katering tersebut TERUTAMANYA dan agar anda semua sebagai pengguna tidak terkena musibah seperti mana sy dan keluarga mertua sy alami pada 02 Febuari 2019.

Sy akan lampirkan sekali bukti2 yg ibu mertua dan adik ipar sy bincangkan bersama caterer tempoh hari.

Sy bersama pengantin ada buat posting di page catering tersebut, tetapi owner page tersebut dah deactivate page sejurus sy post comment.

Cerita sebenar pada hari kejadian..

Sy dan keluarga sampai di Dewan Pangsapuri Seri Temenggong, Melaka dalam 10.15 pagi. Masa kami sampai, pramusaji masih berdiri di luar dewan memikul beg masing2. Dalam hati, mungkin semua okay. Tapi bila sy masuk dewan, sy tengok pinggan dan cawan masih berada di dalam bakul dan tak bersusun. Yg ada di atas meja buffet hanya dome makan yang takde isi, KOSONG!

Ibu mertua sy call caterer tanya kat mana dalam pukul 10:30 pagi, caterer kata otw. Sy expect otw tu sebelum pukul 11 pagi sampai. Tapi sangkaan sy meleset! Caterer sampai pukul 12:45 TENGAH HARI dengan alasan lori rosak! Yg membuatkan sy hairan, kenapa waktu ibu mertua sy call, ceterer tak inform lori rosak. Andai kata lori rosak selepas ibu mertua sy call tanya kat mana, caterer call la semula inform kami, lori rosak. Ini tidak.

Tetamu dah mula hadir pukul 11 pagi dan paling kami tak jangka yang hadir tu adalah tetamu VVIP kami, Dato Seri Ali Rostam. Semasa beliau sampai, kami menanggung malu kerana tiada makanan yang kami nak sajikan. Jangan cakap makanan, air pun kami takde nak bagi melainkan air doorgift.

Keadaan jadi kecoh bila suami sy mula marah2 dan call caterer. Mana tidaknya, kami semua dah malu. Tetamu dah mula dtg dan pergi. Tapi kami, makanan cuma mengharapkan kuih-muih je.

Bila lori lauk sampai 12:45 tengah hari, pramusaji semua sibuk susun semua lauk dan barang2 dorang. Yg paling tak masuk akal, ada lagi barang yg tak lengkap. (Rujuk gambar resit utk menu yang kami deal dengan pihak caterer) Yg disajikan cuma ada nasi minyak, nasi putih, ayam masak merah, daging masak hitam (tak serupa bikin), jelatah, buah tembikai, air asam boi.

Tah ke mana papadom, buah jambu asam boi dan air sirap kami pun tak tahu. Itu makanan utk tetamu. Cerita makanan utk pengantin tu lagi teruk. (Refer flyers) Penat nak taip, yg ada cuma 1 ekor ikan siakap, sayur dan 1 set udang berhias. Itu sahaja.

Fyi, kami ada buat penambahan lauk, ikan masin nenas masak lemak dan ulam sambal belacan, tp tu pun takde. Bila selesai majlis, kami tanya, mana ikan masin nenas masak lemak? Dia kata ada dah terhimpit dengan barang2 dlm lori. Dah kalau kata ada, kenapa tak dihidangkang pada tetamu yg hadir? Subhanallah.

Petang tu selepas habis majlis, yg dikeluarkan adalah dalca yg kami tak order. Memang la kami tak nak bila dah selesai majlis baru nak bagi. Pastu mak si caterer tu boleh buang pulak dalca rezeki Allah tu dalam longkang tepi dewan. Dengan potong ubi kentang macam nak bagi binatang makan besarnya, berlonggok la dalam longkang tu. Sedihnya rasa bila dia buat kita ni macam sampah.

Cerita pasal kek pengantin pula. Kalau ikut plan asal, memang caterer bagi 1 tingkat je. Tp adik ipar sy buat penambahan RM 50 utk setingkat lagi. Maksudnya kek dua tingkat. Situasi cemas lagi kali ni. Pengantin dah habis makan beradab, tapi kek tak sampai. Potong dah mood pengantin. Bila sampai tu, kek drpd secret recipe. Satu je dia bagi. Lagi sadis tu, pramusaji letak atas meja beradab macam tu je. Takde tapak atau alas apa pun.

Apa nasib kami. Dah habis majlis tu, si tuan caterer ni sampai. Memang kami satu family terjah sampai menangis. Takde niat kami nak berkasar dengan dia kalau perkara macam ni tak jadi. Lepas tu, mak si caterer ni datang ‘ni kenapa buat anak sy nangis ni?’ Dan mula bising2.

Kalau mak dia cakap beradab, kami ni takde la naik hantu kat situ dan sampai tahap nak tular kat soc med. Tapi disebabkan mak dia bercakap dan buat kami ni macam takde maruah, kami ada cara paling senang setakat ni nak ajar org mcm ni.

Mak si caterer ni siap menyumpah kami, dia tak halalkan apa yg kami dapat hari ni. Sedangkan kami dah bayar dan masih berbaki 1.7k sahaja, bergaduh mulut dengan makcik2 sy siap cakap doakan makcik sy bankrupt buat bisnes. Apakah itu? Baiknya bahasa.

Kami bukan busuk hati sampai nak viralkan kes ni. Tp impak yg kami dpt terlalu besar dan tetamu kami akan bercakap dikemudian hari. Org tak cakap psl catering tp org akan cakap si dia yg buat majlis.

Si caterer bila kami cakap, tak nak terima. Kata kami buat fitnah. Bila sy tanya, apa kesalahan keluarga kami di page dia, terus deactivate page. Rata-rata yg buat majlis mesti letak harapan tinggi pada caterer. Lagi2 majlis kahwin macam ni. Semua tertumpu datang nak makan.

Jadi, pada yang nak berkahwin, ingat2 lah katering ni. Sy berharap takde orang lain lagi terkena sepertimana kami kena. Melayu sama2 nak bantu melayu. Tapi, ni tidak. Melayu jatuhkan melayu.

Sumber : Aryy Ariss/GenG ViRaL MeLaKa

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.