Siakap Keli

Lelaki Maut Terkena Renjatan Elektik Akibat Guna Earphone Yang Disambung Dengan Telefon Bimbit Sedang Dicas

Seorang pekerja kilang ditemui mati dalam rumah sewanya dipercayai akibat terkena renjatan elektrik ketika menggunakan earphone yang disambung kepada telefon bimbit yang sedang dicas., di Chonburi, Thailand.

Kritsada Supol ditemui terbaring atas katil di dalam biliknya sambil memegang telefon yang bersambung dengan pengecas dipercayai tiruan.

Jasad mangsa berusia 24 tahun ditemui oleh tuan rumah dengan kesan terbakar di sekeling telinga.

Pihak polis percaya mangsa terkena renjatan elektrik ketika menggunakan earphone, sama ada untuk mendengar muzik ataupun berkomunikasi dengan kabel earphone melintasi kawasan mulutnya.

”Kami percaya litar pintas menjadi punca kematian mangsa yang ketika itu sama ada sedang mendengar muzik atau pun sedang berbual dengan seseorang,” kata jurucakap polis, Jaleuk Polthong.

Pihak polis juga percaya kabel pengecas dan earphone tiruan juga mungkin menyumbang kepada kejadian tersebut.

”Pengguna terdedah kepada risiko sebegini sekiranya menggunakan pengecas yang bukan dikeluarkan daripada pembekal yang sah,” katanya lagi.

Sumber: Dailymail

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.

Editor: Mohd Firdaus

Kami Juga Bersosial

Sekiranya anda ingin mendapat berita dari Siakap Keli pada 'News Feed' media sosial, anda boleh ikuti kami di