Siakap Keli

Bakal Pengantin Ditunggu Tetapi Tidak Kunjung Tiba, Majlis Perkahwinan Bertukar Upacara Pengebumian

Kita hanya mampu merancang dan tuhan yang menentukan segalanya adalah pepatah yang sesuai digunakan untuk menggambarkan insiden yang menimpa pasangan bakal pengantin yang akan melangsungkan perkahwinan tetapi bertukar menjadi upacara pengebumian.

Bakal pengantin, Rodrigo Noguiera, 31, dan pasangannya Luana Alves, 36, sepatutnya melangsungkan perkahwinan mereka pada 11 pagi di sebuah gereja di Passos, selatan Brazil, Khamis lalu sebelum keduanya terbabit dalam kemalangan maut ketika dalam perjalanan pulang dari membuat persiapan akhir hari bersejarah mereka.

Menurut polis, kereta yang dipandu Rodrigo telah bertembung dengan kenderaan lain di lebuh raya negara itu.

Luana meninggal dunia di tempat kejadian, manakala Rodrigo pula menghembuskan nafas terakhir beberapa jam kemudian selepas dikejarkan ke hospital dalam keadaan cedera parah.

Upacara pengebumian yang berlangsung di gereja yang sama diuruskan oleh saudara mara mereka yang amsih terkejut menerima berita duka itu.

Sumber- MirrorUk

Aisha Ratnila

"Don't be distracted by criticism. Remember the only taste of success some people get is to take a bite out of you."

- Zig Ziglar