Siakap Keli
Gambar Hiasan

Gangguan Air Sebahagian Perlis Pada 21 Feb Ini

Kawasan Perlis utara dari Padang Besar hingga Kuala Perlis akan menghadapi gangguan bekalan air berikutan kerja-kerja penyelenggaraan pencawang loji air Timah Tasoh oleh FIC IPM pada 21 Feb ini.

Menurut kenyataan Syarikat Air Perlis Sdn Bhd (SAP) gangguan termasuk tekanan rendah yang akan menjejaskan beberapa kawasan bermula pukul 8 pagi hingga 12 malam.

Kawasan yang terlibat ialah seluruh Padang Besar termasuk Kem AKSEM Felda Rimba Mas, Tapak Industri Padang Besar dan Kampung Kolam, Taman Kastam, Taman Kim, Kampung Tersusun, Kampung Kok Mak dan Felda Mata Air.

Menurut kenyataan itu lagi kawasan lain yang terjejas adalah sepanjang jalan dari Padang Besar hingga Batu 17, Jalan Kaki Bukit, Kem Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) Guar Cenderai dan Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), seluruh kawasan Beseri, Abi, Bintong, Kangar dan Kuala Perlis.

Pengguna diminta menyimpan air secukupnya untuk kegunaan mereka sehingga bekalan pulih sepenuhnya pada 22 Feb.

— BERNAMA

Nur Farra