Siakap Keli

Remaja Lumpuh Gara-Gara Tindik Hidung, Habiskan Masa Di Kerusi Roda Seumur Hidup

Seorang wanita di Brazil mengalami lumpuh separuh badan selepas dijangkiti kuman berpunca daripada tindakannya menindik hidung.

Layane, 20 tahun menindik hidungnya pada July 2018 dan sejak itu hidungnya membengkak.

Pun begitu, dia tidak menyangka bengkak yang membesar dibahagian hidungnya merupakan tanda serius.

Layane mula demam dan mengalami kesakitan teruk di bahagian kakinya.  Kesakitan itu tidak lama kemudian menjadi kebas dan menyebabkan keseluruhan badan tidak dapat bergerak.

Dia terpaksa menjalani pembedahan kecemasan dan pakar bedah saraf, Oswaldo Ribeiro Marquez, memberitahu media tempatan bahawa dia tidak pernah melihat jenis jangkitan bakteria yang disebabkan oleh menindik dalam kerjaya perubatan selama 15 tahun.

Seorang ahli dermatologi memberitahu jangkitan ini berpunca daripada peralatan yang digunakan tidak dibersihkan dengan baik.

Layane sebelum ini mempunyai 3 lubang yang ditindik di sebelah bahagian kanan hidungnya, tetapi memutuskan untuk menebuk di sebelah kiri dan tak sangka kesan itu menyebabkan dia lumpuh kekal di usia muda.

Sumber: Daily Mail

Dari Wiser.my

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.